mata | 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buah | 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rotunda | (S.Bina) bangunan atau bilik yg bentuknya bulat dgn bumbungnya berbentuk kubah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buah | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2. benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah I: ~ baju butang baju. 3. penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. | Kamus Pelajar |
lonjong I | 1. makin ke atas makin runcing (bentuk rumah, atap, dll), runjung: songkoknya tinggi dan kecil ke atas, ~ bentuknya; 2. Jw bulat bujur, bulat panjang: kepalanya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujur I | 1. = ~ telur = bulat ~ mempunyai bentuk spt bentuk telur ayam, lonjong: mengapa raga ini ~?; muka ~; segi empat ~ (Mat) rajah segi empat yg mempunyai empat sudut tepat; 2. panjang (bidang, bongkah, dll): lipat tepi lintang kain dahulu, kemudian tepi ~ kain supaya rata; ruang tamu itu ~nya 6.7 meter dan lebarnya 4.5 meter; ~ sangkar Id a) empat persegi tepat; b) persegi; 10 meter ~ sangkar 10 meter persegi; ~ sirih bulat memanjang (spt daun sirih); ~ songsang bulat melebar, lwn bujur sirih; ~ telur = bulat ~ bulat panjang (spt telur), lonjong, penjong; ~ lalu, lintang patah prb mengerjakan sesuatu haruslah menurut aturannya;membujur 1. terletak memanjang: banjaran gunung itu ~ dr utara ke selatan Tanah Melayu; mayat itu ~ kaku; 2. mengikut panjang atau memanjang: potong melintang atau ~; ~ jari menyambung tangan dgn mempertemukan hujung jari;membujurkan meletakkan mengikut panjang atau secara memanjang: mereka ~ mayat itu ke arah kiblat;terbujur terletak (terbaring) membujur; ~ lalu, terlintang patah prb perintah yg tidak dapat dialang-alang (terpaksa diturut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertapak | 1. mempunyai tapak, ada tapaknya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pangkalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tauhid | Ar keesaan atau ketunggalan (Allah); ilmu ~ ilmu bkn keesaan Allah; dgn ~ hati dgn sepenuh-penuh hati, dgn bulat hati; kuat ~nya kuat kepercayaannya (imannya) yg Allah itu esa;mentauhidkan 1. mengakui bahawa Tuhan itu esa (satu); 2. mengesakan, menyatukan, menumpukan hati, memusatkan (hati); ketauhidan yg berkaitan dgn tauhid, tauhidiah; ilmu ~ ilmu tauhid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingkaran | 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujur | 1 bentuk sesuatu benda yg agak panjang: muka ~ ; segi empat ~. 2 panjang sesuatu bidang; lw lebar: Padang ini ~nya 100 meter dan lintangnya 80 meter. ~ sangkar a. segi empat tepat. b. persegi. ~ sirih bulat memanjang spt bentuk daun sirih. ~ telur bulat panjang atau lonjong spt bentuk telur. membujur terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa ~ dr utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. membujurkan meletakkan sesuatu membujur: Mereka kemudian ~ jenazah orang tua itu di atas sebuah katil. terbujur terletak membujur; terbaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |