Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu pd daun


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bulu lai daunbulu pd daun;Kamus Dewan Edisi Keempat
bulu I1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali).Kamus Dewan Edisi Keempat
luruh Igugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut.Kamus Dewan Edisi Keempat
bulu1 benda spt rambut yg tumbuh pd tubuh manusia: ~ dada; ~ betis. 2 benda spt rambut tetapi lebih halus yg tumbuh pd tubuh binatang: ~ kambing; ~ kucing. 3 benda berpelepah yg daunnya terdiri drpd berhelai-helai rambut yg bertaut dan tumbuh pd tubuh burung dsb: ~ itik. 4 benda spt serabut halus yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau pd bahagian-bahagiannya: ~ daun; ~ padi. ~ ayam a. bulu pd tubuh ayam. b. penyapu yg dibuat drpd bulu ayam. ~ balik bulu pd ayam dsb tetapi terbalik susunannya. ~ biri-biri bulu pd tubuh biri-biri yg dpt dijadikan kain. ~ kaca gumpalan serabut kaca yg digunakan sbg penapis atau sbg bahan dlm penyediaan serabut buatan. ~ keluli serabut keluli yg halus dan panjang yg digunakan utk menggilap sesuatu dsb. ~ kening bulu yg tumbuh di kening; alis. ~ kuduk (tengkuk) a. bulu yg tumbuh di tengkuk. b. rambut yg tumbuh di tengkuk kuda atau singa; surai. ~ mata bulu yg tumbuh pd tepi kelopak mata. ~ pahat bulu yg halus-halus pd burung. ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia. ~ tangkis a. badminton. b. bola yg digunakan dlm permainan badminton. berbulu ada bulunya: Dadanya ~. membului mencabut bulu ayam dsb: Ibu sedang ~ ayam yg telah disembelih oleh ayah pagi tadi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bulu1. benda spt rambut yg tumbuh pd tubuh manusia: ~ dada; ~ betis. 2. benda spt rambut tetapi lebih halus yg tumbuh pd tubuh binatang: ~ kambing; ~ kucing. 3. benda berpelepah yg daunnya terdiri drpd berhelai-helai rambut yg bertaut dan tumbuh pd tubuh burung dsb: ~ itik. 4. benda spt serabut halus yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau pd bahagian-bahagiannya:~ daun; ~ padi. ~ ayam a. bulu pd tubuh ayam. b. penyapu yg dibuat drpd bulu ayam. ~ balik bulu pd ayam dsb tetapi terbalik susunannya. ~ biri-biri bulu pd tubuh biri-biri yg dpt dijadikan kain. ~ kaca gumpalan serabut kaca yg digunakan sbg penapis atau sbg bahan dlm penyediaan serabut buatan. ~ keluli serabut keluli yg halus dan panjang yg digunakan utk menggilap sesuatu dsb. ~ kening bulu yg tumbuh di kening; alis. ~ kuduk (tengkuk) a. bulu yg tumbuh di tengkuk. b. rambut yg tumbuh di tengkuk kuda atau singa; surai. ~ mata bulu yg tumbuh pd tepi kelopak mata. ~ pahat bulu yg halus-halus pd burung. ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia. ~ tangkis a. badminton. b. bola yg digunakan dlm permainan badminton. berbulu ada bulunya: Dadanya ~. membului mencabut bulu ayam dsb: Ibu sedang ~ ayam yg telah disembelih oleh ayah pagi tadi.Kamus Pelajar
lelipanbentuk daun yg menyerupai bentuk bulu ayam (terdiri drpd beberapa helai daun yg tumbuh pd urat daun).Kamus Dewan Edisi Keempat
jambak I1. karangan (bunga, kunci, dll), rangkai, berkas: se~ bunga; orang se~ orang yg seketurunan; 2. gombak (atau bulu) pd dahi kuda; berjambak-jambak berkarang-karang, be­rang­kai-rangkai: daun pokok itu tumbuh ~ spt rambut; di langit dilihatnya awan putih berarak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
miang1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
miang1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka mem­fitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ke­takutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat ke­sukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
miang1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas