Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butir nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sungut leterperkataan yg di­ucap­kan dgn tidak tentu biji butir­nya kerana tidak puas hati dll: Maka menangislah ia serta dgn ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sungut II, = ~ leter perkataan yg di­ucap­kan dgn tidak tentu biji butir­nya kerana tidak puas hati dll: Maka menangislah ia serta dgn ~nya. bersungut berkata-kata dgn tidak menentu; berkata-kata dgn tidak jelas; merungut: Mereka hanya berani ~ di belakang saja. sungutan apa-apa yg dirungutkan; rungutan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bidang I1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kulit I1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasar­kan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlin­dung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning­kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berke­turunan Eropah; ~ renang kulit yg menghu­bungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perun­dingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulit­nya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (bu­ku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengungkapkan1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia berhasil dlm ~ persoalan-persoalan yg menggoncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baik­nya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang;Kamus Dewan Edisi Keempat
ungkap II; mengungkapkan 1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia ber-hasil dlm ~ persoalan-persoalan yg meng-goncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baik­nya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang; terungkap dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita; ungkapan 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; pengungkapan perihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar; pengungkap 1. orang yg mengungkapkan sesuatu: dialah yg harus menjadi pencetus dan ~ bicara itu; 2. alat atau medium yg mengungkapkan sesuatu: bahasa, sastera dan budaya sebenarnya merupakan ~ wadah pe-mikiran seluruh anggota masyarakat; bahasa ~ kebudayaan yg dominan pd zaman itu ialah Sanskrit.Kamus Dewan Edisi Keempat
mata I1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula ter-kejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg ber­warna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasang-an dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15–10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hi­dangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratus­ratus jenis gulai; ~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp keka­sih; ~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, ba­rat, dll); ~ batin perasaan dlm hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll); ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergerigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubang­lubang yg terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain; ~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka; ~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~ pencarian (peng-hidupan) pekerjaan yg dilakukan utk men­dapatkan sara hidup; ~ perdagangan barang­barang dagangan; ~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata serangga dsb yg mem­punyai satu kanta, mis labah-labah dan kala jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat); ~ memandang apa hendak sakit, bahu memi-kul timpa perasaan = berapa berat ~ meman-dang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesu­sahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi ja­nganlah melupakan orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya men­dapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusah­an; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain; mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh; ~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk meng­awasi tatatertib tentera); memata-matai 1. mengawasi secara diam­diam (gerak-geri seseorang dll), mengamat­ amati: mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala (jaring dll); termata-mata jelas sekali kelihatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kira-kira1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka;Kamus Dewan Edisi Keempat
hampa1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahu­nya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb se­suatu yg dihajati atau dicita-citakan), keke­cewaan: kebanyakan para orientalis me­nyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan.Kamus Dewan Edisi Keempat
buah1. bahagian tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik (biasanya berbiji): pokok ini sudah ada ~nya; 2. biji yg agak besar dan keras: ~ kemiri; ~ keras; 3. benda yg menyerupai buah tertentu; ~ berembang a) bulatan pd puncak tiang bendera dll; b) bekas kapur yg menyerupai buah berembang; ~ bidara a) manik yg menyerupai buah bidara; b) gula-gula yg menyerupai buah bidara; ~ melaka a) buah pokok melaka; b) sj kuih, onde-onde; 4. bahagian (badan manusia dll) yg menyerupai buah; ~ betis jantung betis, daging pd betis; ~ lengan otot besar pd lengan atas; 5. bermacam-macam benda bulat; ~ baju butang; ~ guli kelereng; 6. penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu): se~ rumah; beberapa ~ kerusi; 7. ki hasil sesuatu perbuatan (usaha dll), akibat: segala usahanya tidak memberi ~; 8. ki bahan, pokok, pangkal; ~ cakap a) pokok percakapan; b) hasil percakapan; 9. pergerakan atau teknik dlm seni silat utk mematahkan serangan lawan: ~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajarinya; ~ agregat (Bio) buah yg terbentuk drpd bunga tunggal (spt strawberi) atau drpd beberapa bunga (spt nanas); ~ benar = ~ sebenar (Bio) buah yg terbentuk drpd ovari sahaja (mis buah betik); ~ bengang (Bio) buah yg kelopaknya pecah (apabila masak); ~ bibir sebut-sebutan orang; ~ butir pokok pembicaraan (perbincangan dll); ~ catur anak catur (benda kecil-kecil yg digunakan dlm permainan catur); ~ dacing batu penimbang; ~ dada susu, tetek; ~ fikiran pendapat; ~ hati orang yg dikasihi, jantung hati; ~ hidup buah yg masih segar; ~ kalam karangan, tulisan; ~ kalengan Id buah dlm tin; ~ kering a) buah yg dikeringkan; b) (Bio) buah yg perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang; ~ kesenian hasil kesenian; ~ ketot buah bantut; ~ kumpuan buah majmuk; ~ lidah buah yg kelopaknya pecah dr pangkal ke hujung; ~ majmuk buah yg terjadi drpd rangkaian bunga; ~ mata a) biji mata; b) orang yg dikasihi; ~ melaka (kuih) onde-onde; ~ mimpi sesuatu yg dimimpikan; ~ mulut percakapan (perbualan) orang, buah bibir; ~ palsu (Bio) buah yg terbentuk drpd bahagian lain bunga, bukannya drpd ovari (mis buah gajus); ~ pantat kedua-dua belah bahagian punggung; ~ pelir biji dlm kantung kemaluan lelaki; ~ pembicaraan a) pokok pembicaraan; b) hasil pembicaraan; c) sebut-sebutan orang; ~ pena buah kalam; ~ perut Mn orang-orang yg menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ pinggang (sepasang) organ perkumuhan yg terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dlm bentuk air kencing dan mengawal osmosis; ~ remia Kd sj buah spt kundang tetapi lebih kecil bentuknya; ~ sepudung beberapa buah yg terbit drpd satu bunga; ~ serahim buah yg terjadi drpd satu bunga; ~ sesentul buah yg spt buah epal, mempunyai biji pd terasnya; ~ sulung buah yg pertama (permulaan); ~ susu sj tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia; ~ tahun sesuatu yg jarang terdapat; ~ tangan a) hasil pekerjaan; b) barang yg dibawa dr perjalanan, oleh-oleh; ~ tanjung sj kuih; ~ tasbih a) butir-butir pd tasbih; b) sj tumbuhan (herba), Canna orientalis; ~ undi ark buah dadu; ~ zakar buah pelir; ~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin prb tidak berdaya utk mencapai yg dicita-citakan (diharapkan); ~ yg manis berulat di dalamnya prb mulut manis biasanya mengandung maksud yg jahat; bagai ~ keras di dlm sekul prb bercakap dgn tergopoh-gopoh; di mana ~ masak, di situ burung banyak tampil prb kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun; laksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri prb barang yg telah tua itu dgn sedikit tenaga rosaklah ia; sebab ~ dikenal pohonnya prb drpd pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya; sebuah satu buah; menyebuahkan menjadikan satu; buah-buahan 1. buah tiruan; 2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah; berbuah 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik);berbuah-buah ki menjadi-jadi: ratap yg ~; berbuahkan mendapat (mempunyai) sbg buah: padi itu ~ emas;membuahi 1. Id menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dgn gen betina; 2. = membuah-buahi mencampuri, menambah-nambah: dia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dgn ratap;membuahkan menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman;pembuahan perihal membuahi (penghamilan).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas