Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chomsky


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
setangkup1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belah­nya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ per­kem­­bangan bahasa dgn kemajuan ilmu”;Kamus Dewan Edisi Keempat
tangkupsetangkup 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belah­nya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ per­kem­­bangan bahasa dgn kemajuan ilmu”;bertangkup 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik; menangkup 1. tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap, tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; 3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup, menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya; menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun me­niarap ~ mukanya ke bantal; menangkup-telentangkan 1. meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan; 2. ki menimbangkan dgn hati-hati; tertangkup sudah ditangkup, telungkup, ter­tiarap: sebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya; ~ sama termakan tanah, ter­lentang sama terminum air prb orang yg mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengubah1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
ubah Ikelainan (dgn yg lain), beza, lain; tak ~ sama benar dgn, tidak ada bezanya; berubah 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila; ~ hatinya (pendapatnya, niatnya) tidak spt biasa atau spt dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya); ~ muka bertukar air muka(nya); berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; mengubah 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecah-kan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; ~ janji memungkiri janji; ~ langkah ki menukar cara hidup; ~ setia mengalih kesetiaan kpd orang lain; mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (drpd yg asal atau sebelumnya), menukarkan: hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kpd anakku berdua; memperubahkan menjadikan berlainan, mem-perbezakan, memperlainkan; terubah sudah (dapat) diubah; ubahan (sesuatu) yg sudah diubah atau ber-ubah, (sesuatu) yg berlainan drpd yg asal atau semula; ketakberubahan keadaan yg tidak berubah; perubahan perihal berubah, peralihan, per-tukaran: dlm jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku; pengubahan perihal mengubah (mengubah-kan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; pengubah orang dll yg mengubah (mengubahkan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas