tatasusunan tertutup(closed array) | Tatasusunan yang tidak dapat dikembangkan lagi pada mana-mana hujungnya. | Kamus Komputer |
rutin tertutup(closed routine) | Rutin yang tidak dapat disisipkan terus ke dalam rutin utama atau atur cara, tetapi perlu dipanggil. | Kamus Komputer |
penyarikataan tertutup(closed captioning) | Paparan sari kata pada skrin televisyen oleh komputer talian tertutup untuk membolehkan orang yang cacat pendengaran membaca apa yang sedang diperkatakan dalam rancangan televisyen atau untuk memaparkan sari kata terjemahan. | Kamus Komputer |
kenyataan tertutup(closed statement) | Kenyataan dalam atur cara yang sudah ditutup dan tidak boleh dikembangkan lagi. | Kamus Komputer |
gelung tertutup(closed loop) | 1. Susunan suruhan komputer yang dikerjakan berulang kali secara berterusan. 2. Bentuk sistem kawalan atau pemprosesan yang mempunyai kemudahan suap balik dan tidak memerlukan campur tangan manusia. | Kamus Komputer |
fail tertutup(closed file) | Fail dalam storan komputer yang ditutup dan tidak dapat dibaca atau ditulis. Bandingkan fail terbuka. | Kamus Komputer |
sistem gelung tertutup(closed-loop system) | 1. Sistem pemprosesan yang tidak memerlukan campur tangan manusia. 2. Sistem kawalan yang mempunyai kemudahan suap balik bagi membolehkannya membetulkan dirinya sendiri apabila berlaku sisihan matlamat, tanpa campur tangan manusia. | Kamus Komputer |
pengendalian urusan tertutup(closed shop operation) | Pengendalian pusat komputer yang semua urusan pengkomputerannya dilakukan oleh sekumpulan kakitangan tetap tanpa melibatkan pengguna biasa. | Kamus Komputer |
litar gelung tertutup(closed-loop circuit) | Litar kawalan yang mempunyai ciri suap balik untuk membolehkan isyarat output dihantar semula ke bahagian input untuk membetulkan ralat. | Kamus Komputer |
kumpulan pengguna tertutup(closed user group) | Kumpulan pengguna komputer yang terhad ahlinya dan tidak terbuka kepada pengguna biasa. | Kamus Komputer |