suapan silang(cross feed) | Cara memasukkan data ke dalam peranti dengan menyilangkan litar pengawal. | Kamus Komputer |
semakan silang(cross check) | Semakan kali kedua yang dilakukan oleh orang lain atau dengan cara lain untuk memastikan hasil yang diperoleh sahih atau tepat. | Kamus Komputer |
rerambut silang(cross hairs) | Garis lurus menegak dan garis lurus mengufuk bersilang yang digunakan sebagai penenang sasaran pada peranti pendigit atau sebagai kursor grafik. | Kamus Komputer |
pengkompil silang(cross compiler) | Pengkompil atur cara yang berjalan pada suatu jenis komputer tetapi digunakan untuk mengkompil atur cara bagi jenis komputer lain. | Kamus Komputer |
penghimpun silang(cross assembler) | Penyusun atur cara mesin yang digunakan untuk suatu jenis komputer tetapi dapat digunakan untuk menyusun atur cara mesin bagi jenis komputer yang lain. | Kamus Komputer |
cakap silang(cross talk) | Isyarat daripada litar komunikasi data lain yang mengganggu litar komunikasi data yang sedang digunakan sehingga menyebabkan isyarat bertindih. | Kamus Komputer |
litar rentas pejabat(cross-office circuit) | Litar penyambungan komputer yang menghubungkan komputer di seluruh pejabat. | Kamus Komputer |
kursor rerambut silang(cross hair cursor) | Kursor atau penunjuk grafik bagi sistem CAD yang dibentuk daripada satu garis lurus menegak dan satu garis lurus mengufuk yang bersilang di kedudukan henti kursor. | Kamus Komputer |
XREF | Singkatan bagi cross-reference, iaitu rujuk silang. | Kamus Komputer |