geiser | (géiser) (Geo) 1. mata air yg darinya terpancut air panas dan wap; 2. pancutan air panas dan wap dr mata air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urat saraf | urat (tisu atau saraf) yg meng-hubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh badan: ~-~ itu mengalirkan rangsang dr alat perasa masuk ke otak; ~ aferen | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saraf II | = urat ~ urat (tisu atau saraf) yg meng-hubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh badan: ~-~ itu mengalirkan rangsang dr alat perasa masuk ke otak; ~ aferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr bahagian badan ke sistem saraf pusat; ~ eferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr sistem saraf pusat ke bahagian badan; ~ tunjang (Bio) bahagian sistem saraf pusat yg terdapat dlm tulang belakang; penyakit ~ gila, tidak siuman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ilusi | tanggapan yg tidak benar atau mengelirukan: segala apa yg saya sangka dapat memberikan kebahagian dahulu sebenarnya suatu ~ sahaja; darinya ~ dan realiti dapat dikenal pasti, dinilai, dan dimanfaatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |