pusat | 1 lekuk di tengah-tengah perut bekas tempat tali perut bersambung dgn uri: tali ~ usus yg menghubungkan anak yg di dlm kandungan dgn uri. 2 bahagian yg di tengah-tengah sesuatu (spt bulatan, bola): ~ alam (bumi) bahagian yg di tengah-tengah alam (bumi); garisan ~ garisan yg lalu di tengah-tengah sesuatu bulatan. 3 kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah: ~ bandar bahagian bandar yg di tengah-tengah. 4 tempat yg menjadi tumpuan atau punca segala kegiatan (perniagaan, pentadbiran dll): Universiti harus menjadi ~ berbagai-bagai ilmu pengetahuan. ~ dialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani rawatan mencuci darah. ~ sehenti pusat atau tempat yg dpt membekalkan keperluan pengguna dlm lingkungan barangan atau perkhidmatan tertentu. ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya masalah penagihan dadah. berpusat 1 mempunyai pusat: Kerajaan Malaysia ~ di Kuala Lumpur. 2 bertumpu; berpunca: Tema cerita itu ~ pd kehidupan sebuah keluarga kaya yg tidak bahagia. memusatkan menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya pd: Dia ~ seluruh tenaga utk memajukan syarikatnya. pemusatan perbuatan atau hal memusatkan (sesuatu): ~ kilang di kawasan luar bandar sedang dirancang. ~ penduduk di bandar-bandar besar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pusat | 1 lekuk di tengah-tengah perut bekas tempat tali perut bersambung dgn uri: tali ~ usus yg menghubungkan anak yg di dlm kandungan dgn uri. 2 bahagian yg di tengah-tengah sesuatu (spt bulatan, bola dll): ~ alam (bumi) bahagian yg di tengah-tengah alam (bumi); garisan ~ garisan yg lalu di tengah-tengah sesuatu bulatan. 3 kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah: ~ bandar bahagian bandar yg di tengah-tengah. 4 tempat yg menjadi tumpuan atau punca segala kegiatan (perniagaan, pentadbiran dll): Universiti harus menjadi ~ berbagai-bagai ilmu pengetahuan. berpusat 1 mempunyai pusat: Kerajaan Malaysia ~ di Kuala Lumpur. 2 bertumpu; berpunca: Tema cerita itu ~ ipd kehidupan sebuah keluarga kaya yg tidak bahagia. memusatkan menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya kpd: Dia ~ seluruh tenaganya utk memajukan syarikatnya. pemusatan perbuatan atau hal memusatkan (sesuatu): ~ kilang-kilang di kawasan luar bandar sedang dirancang. ~ penduduk di bandar-bandar besar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Pelajar |
pertengahan | 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teks tengah(centre text) | Teks yang berada di tengah-tengah halaman atau di tengah-tengah baris dalam dokumen. | Kamus Komputer |
kelung I | lengkung atau lekuk di tengah-tengah (pd perisai dll); piring ~ piring yg melengkung ke dlm di tengah-tengah, piring dalam; berkelung berkeluk, melengkung (ke dlm): permukaan air di dlm saluran itu ~ membentuk meniskus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusat | 1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dgn uri ketika baru lahir): maka dikerat ~nya lalu dibedung dgn kain putih; tali ~ usus yg menyambungkan perut bayi dgn uri; 2. = pusatan titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll); garis(an) ~ garis(an) yg di tengah-tengah; 3. kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah benar: Masjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur; 4. punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dll, tempat yg menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dsb yg utama atau tertentu: Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; Universiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional; ~ penjagaan kanak-kanak dan bayi; ~ kesihatan; kantor ~ Id ibu pejabat; kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional; pemimpin ~ pemimpin yg terutama (dlm syarikat dll), pemimpin di peringkat kebangsaan; 5. Id kerajaan atau pemerintah pusat; kuasa ~ kuasa kerajaan pusat; ~ air bahagian tengah pusingan air yg berupa lekuk; ~ alam (bumi) bahagian tengah alam (bumi); ~ belia tempat belia berkumpul; ~ berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda); ~ hemodialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah; ~ jala pertengahan jala; ~ jalan tempat tumpu jalan dr berbagai-bagai hala (dlm bandar); ~ kesihatan (bidan) klinik; ~ latihan tempat diadakan latihan; ~ pemerintahan (kerajaan) tempat yg jadi pokok kedudukan pemerintahan negara; ~ pengajian (tinggi) = ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dll; ~ penyelidikan (percubaan) tempat diadakan penyelidikan; ~ perhatian (pemerhatian) objek yg jadi tumpuan perhatian; ~ perusahaan tempat yg jadi pokok kedudukan perusahaan; ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn penagihan dadah; ~ tali air tempat kawalan bekalan air; ~ tenaga elektrik (listrik) Id kilang pembangkit elektrik; ~ jala pumpunan ikan prb orang yg menjadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan); sepusat (Mat) sama (satu) titik yg di tengah-tengah (pd bulatan): bulatan ~; berpusat 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi; berpusatkan mempunyai pusat di: berkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yg ~ istana; memusat menumpu, mengarah, menuju: fikirannya lebih memberat dan lebih ~ pd soal lain; memusatkan mengarahkan (mengumpulkan, menujukan, dll) ke suatu tempat (perkara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera dipusatkan di sempadan; terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat: organisasi perniagaan dlm bentuk ~; pusatan ark pusat; pemusatan perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genting I | 1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~; ~ menanti putus, biang menanti tembuk prb, Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb, Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi; menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~; menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan; pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang; penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerasi bumi | bahagian di tengah-tengah bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teras bumi | bahagian di tengah-tengah bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tetengah | bahagian yg di tengah-tengah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |