hapus kira | (Eko) 1. penghapusan sesuatu hutang yg dianggap tidak boleh dikutip lagi, dan dgn itu dianggap sbg perbelanjaan atau kerugian; 2. pemindahan baki akaun aset ke akaun belanja atau akaun untung rugi yg menyebabkan baki akaun aset berkurangan atau terhapus; menghapus kira membatalkan sesuatu, mis hutang lapuk, drpd akaun yg sedia ada secara hapus kira: syarikat memutuskan utk ~ beribu-ribu ringgit hutang lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekod(record) | 1. Himpunan data atau maklumat tentang sesuatu perkara yang dianggap sebagai satu unit. 2. Struktur data mudah atau rencam yang dianggap sebagai satu unit dan digunakan untuk memegang data tentang sesuatu perkara. | Kamus Komputer |
sumpah I | 1. pengakuan yg dibuat (dgn bersaksikan Tuhan atau sesuatu yg dianggap suci) utk menguatkan apa yg dikatakan dll: berani aku katakan ini dgn ~; dimakan ~ menderita (sakit dll) kerana membuat sumpah bohong; makan ~ a) sudah mengucapkan sumpah; b) membuat sumpah bohong; mengambil ~ menyuruh membuat sumpah; 2. pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani menderita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar); ~ potong ayam sumpah dgn menyembelih ayam (bagi orang Cina sahaja); 3. kata-kata yg mengutuk (maki hamun dll), kutuk, tulah: Si Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya; 4. janji yg teguh utk melakukan sesuatu, ikrar: baginda telah mengangkat ~ utk memerintah negeri ini dgn adil; ~ besi kawi sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah direndam besi kawi; ~ celur (celup) sumpah dgn mencelupkan tangan dlm air (minyak) yg mendidih; ~ jabatan Id sumpah yg dibuat pd waktu memegang jawatan; ~ jilat besi sumpah yg dibuat dgn menjilat besi panas; ~ keramat sumpah yg dibuat di tempat yg dianggap keramat; ~ menyelam sumpah yg dibuat oleh dua orang yg menyelam (siapa yg lebih lama dlm air dialah yg benar); ~ minum air keris sumpah dgn meminum air keris (yg dianggap sakti); ~ palsu sumpah bohong; ~ Quran sumpah yg dibuat dgn memakai Quran; ~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah; ~ setia sumpah utk menyatakan kesetiaan; ~ uji api sumpah dgn menggunakan api; bersumpah 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan kesetiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; bersumpah-sumpahan sl saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah; menyumpah 1. mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jikalau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menyeranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturunan; dulu dia menyumpahi dirinya, disangkanya tidak menurunkan baka; menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata-kata yg kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah; mempersumpahkan 1. membenarkan membuat sumpah, menyuruh bersumpah; 2. membuat sesuatu kenyataan dgn sumpah, bersumpah; sumpahan sesuatu yg disumpah, sumpah: begitulah ~ ayahnya sbg ganjaran dosanya; persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bapa | 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bon | sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah. ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak mempunyai risiko, kpd pemiliknya. ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko, kpd pemiliknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wahmi | dianggap tidak wujud, agakan atau sangkaan belaka: sungguhpun pd zahirnya dia wujud tetapi ~ jua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhina | dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azimat | sesuatu yg dianggap mempunyai sakti dan dpt melindungi pemakainya drpd bahaya; tangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
postulat | sesuatu yg dianggap benar, atau diterima sbg asas penaakulan atau perhitungan, sesuatu usul yg dikemukakan sbg bukti kebenaran: mengikut ~ Henle-Koch, sesuatu organisma boleh menjadi agen penyebab sekiranya wujud dan cukup utk menimbulkan penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontinum | sesuatu yg dianggap sbg satu keseluruhan, struktur atau siri yg berterusan yg tidak harus dipisahkan: ketiga-tiga kategori pendidikan yg dinyatakan termasuk dlm ~ pendidikan seumur hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |