Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibayangi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membayangimengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan;Kamus Dewan Edisi Keempat
membayang-bayangimengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bayang1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri;berbayang, berbayang-bayang 1. kelihatan spt bayang-bayang: tampak ia berjalan ~ di dlm kabut; 2. tampak dlm fikiran dll: ~ dlm ingatannya apa yg akan terjadi kalau ia pergi;membayang menyebabkan adanya bayang-bayang, spt bayang-bayang: ia menjaga supaya penanggungan batinnya tidak ~ keluar;membayangi, membayang-bayangi mengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan;membayangkan, membayang-bayangkan 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku;terbayang, terbayang-bayang 1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957;terbayangkan dapat dibayangkan (dlm fikiran);bayangan 1. bayang-bayang; 2. tanda-tanda tentang sesuatu (mis kejadian yg akan berlaku, tindakan atau keputusan yg akan diambil, dll);pembayangan perihal membayang(-bayang)-kan;pembayang sesuatu yg memberi bayangan tentang sesuatu yg lain, sesuatu yg membayangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas