penterjemah kod(code translator) | Atur cara yang berfungsi untuk menukarkan satu bentuk kod kepada bentuk yang difahami komputer atau yang difahami manusia. | Kamus Komputer |
pemahaman | perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memahamkan | 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaturcaraan automatik(automatic programming) | 1. Penggunaan komputer untuk menghasilkan sebahagian atau keseluruhan kod bagi sesuatu atur cara. 2. Pengeluaran atur cara yang difahami komputer daripada penentuan dalam bahasa aras tinggi yang mudah difahami manusia. | Kamus Komputer |
dimengerti | difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musykil | 1 susah difahami; sulit: Jika ada perkara yg ~, sila berjumpa dgn saya. 2 tidak puas hati; kecewa. memusykilkan 1 menyebabkan jadi musykil; menyulitkan; menyukarkan. 2 tidak memuaskan hati; mengecewakan. kemusykilan 1 sesuatu yg musykil; kesulitan; kesukaran: Ia telah menyelesaikan beberapa ~. 2 sesuatu yg tidak memuaskan; kekesalan; kekecewaan. 3 keadaan musykil; kesukaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
esoterik | (ésoterik) hanya difahami, diketahui atau dihayati oleh sebilangan kecil orang sahaja (bkn faham, kepercayaan, puisi dll): puisi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesra pengguna | mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
maklum | sudah diketahui atau difahami: Akan hal ini tentulah tuan-tuan semua sedia ~. maklumlah tahu sajalah; sudah barang tentu: ~, kami orang kampung, tidak mengerti akan adat orang bandar. memaklumi 1 tahu atau faham akan; mengetahui; memahami: Peraturan baru itu telah dimaklumi semua. 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. memaklumkan memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan: Dgn sukacitanya, anakanda ~ bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. makluman 1 apa-apa yg dimaklumi; pengetahuan. 2 apa-apa yg dimaklumkan; pernyataan: Menurut ~ polis, perompak bank itu telah ditangkap. pemakluman perbuatan atau hal memaklumkan; pemberitahuan; penyataan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terselami | boleh diselami, dapat difahami, terduga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |