tanggung I | 1. = ditanggung dijamin (kebaikannya dll), sudah tentu: pekerjaannya ~ baik; 2. bp = menanggung; ~ badan Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); menanggung 1. membawa di atas bahu (barang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. mengalami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, menaruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rahsia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mempunyai: kita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, menjamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan memenuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; ~ budi menaruh budi; ~ dendam menyimpan dendam; ~ kasih berasa wajib membalas kasih (orang); ~ malu merasai malu; ~ ragam Mn mengalami bermacam-macam percubaan; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ rindu menaruh rindu; tanggung-menanggung 1. saling menanggung (menjamin dll); 2. semua urusan menanggung; menanggungkan, mempertanggungkan 1. memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dll) kpd, membebankan kpd: kerja-kerja yg ditanggungkan kpd baginda itu tersangat berat; 2. menyerahkan barang dll sbg cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan: dia terpaksa ~ hartanya utk membayar hutang; tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; tidak ~ a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll; tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagaran: apa ~mu utk berhutang itu? 4. penderitaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkahnya, dll): cukai ini berbeza dr seorang keseorang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti dipertanggungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri; ~ jiwa (kebakaran) Id insurans; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; ketanggungan sl apa yg ditanggung, tanggungjawab, tanggungan: jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;berketanggungan bertanggungjawab, berkewajiban: marilah kita menuntut kpd pihak-pihak yg ~ dlm agama Islam;pertanggungan 1. tanggungan, tanggungjawab; 2. jaminan; 3. insurans; penanggungan 1. apa yg ditanggung, penderitaan, kesengsaraan: dia sangat mengambil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; 2. perihal menanggung: bagaimanakah ~ hati seorang perempuan yg hidup sebatang kara; penanggung 1. orang yg menanggung (menjamin), penjamin; 2. orang yg memegang polisi insurans; 3. orang yg menderita, penderita; 4. (Eko) organisasi atau orang yg dilantik utk menguruskan pembubaran sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andal | 1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg terakam haruslah ~; mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman; 2. menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dll); andalan apa-apa yg boleh diandalkan; keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~ data; keterandalan keadaan (hal) dapat diandalkan: ~ merupakan keperluan segera bagi andaian ramalan yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak tertanggung | a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andal | 1 dpt dipercayai (ttg orang). 2 dpt dijamin atau diyakini (ttg mutu, kebolehan dll). mengandalkan 1 menaruh kepercayaan pd: Sejak peristiwa itu, saya tidak mahu ~ dia lagi. 2 menjamin kesanggupan (ketinggian mutu, kecekapan dll); memberi jaminan: Saya berani ~ mutu kereta ini. andalan 1 orang yg dipercayai; orang kepercayaan. 2 sesuatu yg terjamin (mutunya, kekuatannya, kebaikannya dll). keandalan hal atau keadaan andal; sifat andal: ~ komputer jenis ini sudah diketahui umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keterpeliharaan | keadaan terpelihara: ~ drpd kesalahan dan keabdian yg dijamin oleh al-Quran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andal | 1. dpt dipercayai (ttg orang). 2. dpt dijamin atau diyakini (ttg mutu, kebolehan dll). mengandalkan 1. menaruh kepercayaan pd: Sejak peristiwa itu, saya tidak mahu ~ dia lagi. 2. menjamin kesanggupan (ketinggian mutu, kecekapan dll); memberi jaminan: Saya berani ~ mutu kereta ini. andalan 1. orang yg dipercayai; orang kepercayaan. 2. sesuatu yg terjamin (mutunya, kekuatannya, kebaikannya dll). keandalan hal atau keadaan andal; sifat andal: ~ komputer jenis ini sudah diketahui umum. | Kamus Pelajar |
sokongan pakar(expert support) | 1. Sistem atau projek yang mendapat sokongan daripada pakar bidang tersebut. 2. Perkakasan atau perisian yang dijamin akan disokong oleh kakitangan pakar. | Kamus Komputer |
pelihara | ; memelihara 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd bahaya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; terpelihara 1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll, terselamat: ~ drpd segala bahaya; peliharaan (orang dll) yg dipelihara, piaraan: anak-anak yatim piatu ~ Dato’ Bendahara itu pun pulang dr bermain; biri-biri ~ mempunyai bulu yg tebal serta lembut; keterpeliharaan keadaan terpelihara: ~ drpd kesalahan dan keabdian yg dijamin oleh al-Quran; pemeliharaan 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah; pemelihara 1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |