Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijemur

Puisi
 

Bagaimana menjemur padi,
     Siang dijemur malam dibuat;
Bagaimana menghibur hati,
     Siang dihibur malam teringat.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jemur1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum dgn di­letakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~ mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli; berjemur mengeringkan (memanaskan) ba­dan di panas matahari: dia ~ di atas pasir; menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi ben­dangnya; ~ dada ki berjalan mem­busungkan dada (sombong); ~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga; terjemur dijemur, kena jemur; jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah; penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur.Kamus Dewan Edisi Keempat
jemurpadi yg dikeringkan di tengah panas: membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari: Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1 benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2 alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1 tempat menjemur. 2 perbuatan atau hal menjemur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jemurpadi yg dikeringkan di tengah panas:membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari:Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1. benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2. alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1. tempat menjemur. 2. perbuatan atau hal menjemur.Kamus Pelajar
terjemurdijemur, kena jemur;Kamus Dewan Edisi Keempat
tembakau pepeantembakau yg dijemur.Kamus Dewan Edisi Keempat
pepean; tembakau ~ tembakau yg dijemur.Kamus Dewan Edisi Keempat
jemuran1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
rimpipisang dll yg dikeringkan (dijemur atau disalai).Kamus Dewan Edisi Keempat
ikan keringikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
ikan keringikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas