Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimungkiri

Peribahasa

Bertali boleh diheret,
     bertampuk boleh dijinjing.

Bermaksud :

Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(3)

487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dipungkiridimungkiri; ®mung­kir.Kamus Dewan Edisi Keempat
diungkiridinafikan, dimungkiri; ® mungkir.Kamus Dewan Edisi Keempat
pungkirark; dipungkiri dimungkiri; ®mung­kir.Kamus Dewan Edisi Keempat
ungkirark; diungkiri dinafikan, dimungkiri; ® mungkir.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpah satirsumpah yg tidak dapat dimungkiri lagi, sumpah setia.Kamus Dewan Edisi Keempat
satir IIMn; sumpah ~ sumpah yg tidak dapat dimungkiri lagi, sumpah setia.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkota1. bertembok batu (bkn kubu per­tahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, per­kataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna;Kamus Dewan Edisi Keempat
kota1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg meling­kungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asal­nya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu per­tahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, per­kataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, ber­bentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur­-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas