nostalgia | kerinduan pd sesuatu yg pernah dialami (dinikmati dsb) pd masa lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah berlalu; bernostalgia mengenang atau mengingati nostalgia: zaman utk ~ sepatutnya sudah lama dilepaskan dan harus digantikan dgn tindakan yg lebih praktikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nostalgia | rasa rindu akan sesuatu yg pernah dialami (dinikmati dsb) pd masa lalu; kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah berlalu. bernostalgia mengenangkan atau mengingat peristiwa manis atau peristiwa yg mengusik perasaan yg berlaku pd masa yg lalu: Jangan asyik ~ dan membazirkan masa begitu sahaja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cuti tahunan | sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
feminisme | (féminisme) gerakan atau faham yg menuntut persamaan hak wanita spt yg dinikmati oleh kaum lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bufet | (bufét)hidangan pelbagai jenis makanan dan minuman (biasanya dihidangkan di atas meja secara layan diri) utk dinikmati oleh tetamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
e-dagang | proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan) melalui rangkaian komputer atau internet: manfaat ~ ini boleh dinikmati oleh semua golongan pedagang dan orang biasa selaku pengguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sosialisme | teori atau sistem organisasi sosial yg menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan spt pengeluaran, tanah, modal, dsb dijadikan milik negara utk dinikmati oleh setiap rakyat dgn sama rata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
e-dagang | /i-dagang/ proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan melalui rangkaian komputer atau Internet): Manfaat ~ ini boleh dinikmati oleh semua golongan pedagang dan orang biasa sbg pengguna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kroni | kawan atau teman yg rapat (biasanya digunakan dlm situasi negatif atau yg melibatkan kepentingan peribadi): ada cemuhan di kalangan sesetengah orang kononnya keistimewaan itu hanya dinikmati segelintir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iri hati | 1. berasa (perasaan) tidak senang dgn kelebihan orang lain dll, cemburu, dengki: ada pula yg ~ melihat kemajuan yg telah dicapainya; 2. berkeinginan utk mencapai, menikmati atau memiliki sesuatu (kejayaan, kebaikan dsb) spt yg dicapai, dinikmati atau dimiliki orang lain: kami juga ~ melihat kejayaan anak-anak Pak Ngah dan ingin mencontohi mereka; Razak Abdullah menyifatkan kejayaannya dlm Sijil Pelajaran Malaysia adalah berkat rasa ~nya terhadap sikap pelajar Cina yg kuat belajar; beriri hati menaruh rasa iri hati, berdengki (hati); keirihatian perihal (perasaan) iri hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |