bok II | 1. bp peti, kotak; 2. sj tempat yg dipagar (ditaruh kanak-kanak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memagar | 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menyerupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genap | 1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2, 4, 6, dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~; dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat; segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia; menggenapkan mencukupkan, melengkapkan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagar I | 1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (kebun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus ~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan; ~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat; ~ duri pagar drpd dawai berduri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd buritan perahu; ~ sua pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; ~ makan padi (tanaman) prb orang yg dipercayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung); berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru; memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menyerupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling): kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, berdiri, dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan, bahaya, dll), melindungi, mendindingi; memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd; pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai; pagaran pagar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulan I | 1. satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pd waktu malam oleh cahaya yg dibalikkan dr matahari: ~ bercahaya pd malam hari; kapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~; 2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari): ~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam; 3. masa yg lamanya tahun Masihi (pd 12 bulan dlm setahun): saya akan ke Singapura dlm ~ Ogos; ~ adik maulud Rabiulakhir; ~ apit = ~ berapit = ~ terapit Zulkaedah; ~ arwah Syaaban; ~ bahasa bulan (yg tertentu atau yg ditetapkan) yg pd sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan; ~ bintang gambar bulan dan bintang sbg lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pd bendera); ~ datang = ~ muka bulan selepas bulan ini; ~ gerhana (kapangan, dimakan Rahu) tidak tampak bulan kerana berada dlm bayangan bumi; ~ haji Zulhijah; ~ kenduri apam Rejab; ~ madu masa pengantin baru menikmati perkahwinannya dgn berpergian ke tempat lain; ~ mati bulan gelap; ~ maulud Rabiulawal; ~ muda bulan (yg tampak) antara 1 hingga 10hb; ~ nahas Safar; ~ purnama bulan penuh (14 hingga 15hb); ~ puasa Ramadan; ~ raya Syawal; ~ sabit bulan yg nampak spt sabit; B~ Sabit Merah pertubuhan sukarela antarabangsa di negaranegara Islam (yg berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yg sama fungsinya dgn Palang Merah; ~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun) Muharam; ~ susut (tua, surut) bulan yg nampak bertambah kecil (sesudah 20hb); ~ timbul bulan terbit; datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid; ~ dipagar bintang prb sudah patut benar, sangat cocok; bagai ~ empat belas prb peri keelokan muka perempuan; (bagai) ~ kesiangan prb pucat (tidak jernih, terang); jirus bagai ~ akan habis prb makin lama makin kurang (modal dll); spt ~ dgn matahari prb sudah sepadan (sejodoh dll); spt ~ dimakan Rahu prb menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya; (spt) kejatuhan ~ prb menyatakan keuntungan yg besar; siang bagai hari, terang bagai ~ prb sudah terang sekali (kesalahan dll); bulan-bulan, bulan-bulanan 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); berbulan 1. mempunyai bulan; 2. hingga sebulan (lamanya): pekerjaan ini dilakukan hingga ~; 3. = bulanan: gaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;berbulan-bulan hingga beberapa bulan (lamanya): telah ~ hal itu berlaku;membulan merupakan bulan, tampak spt bulan;bulanan (berlaku atau diadakan) setiap bulan: gaji ~; penyata ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |