paksaan | hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paksaan | hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. | Kamus Pelajar |
senyum pahit | senyum yg dipaksakan ketika dlm kesusahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senyum, = senyuman | ~pahit senyum yg dipaksakan ketika dlm kesusahan. | Kamus Pelajar |
memaksakan | menyorongkan (menganjurkan, memberikan, dll): pendapat yg baik tidak payah dipaksakan kpd orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dures | (durés) (Udg) kekerasan, ugutan, ancaman dsb (yg salah di sisi undang-undang) yg dipaksakan ke atas seseorang supaya melakukan sesuatu (membuat pengakuan dsb) yg bertentangan dgn kemahuannya: pengakuan itu dibuatnya dlm keadaan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paksa I | tidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa: Kita tidak boleh ~ orang melakukan sesuatu yg tidak disukainya. memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela; memberikan sesuatu dgn paksa kpd: Pihak berkuasa tidak boleh ~ peraturan itu kpd orang ramai. terpaksa tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu, orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. paksaan hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. pemaksaan perbuatan atau hal memaksa: ~ tidak selalunya mendatangkan keburukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paksa I | tidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa: Kita tidak boleh ~ orang melakukan sesuatu yg tidak disukainya. memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela; memberikan sesuatu dgn paksa kpd. terpaksa tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. paksaan hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. pemaksaan perbuatan atau hal memaksa: ~ tidak selalunya mendatangkan keburukan. | Kamus Pelajar |
senyum | gerak bibir yg ternaik di bahagian hujungnya dgn mulut tertutup atau terbuka sedikit, yg membayangkan rasa suka, geli hati dsb. ~ kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek. ~ kanyur senyum yg dibuat-buat ketika marah. ~ kucing senyum yg mempunyai sesuatu muslihat. ~ kulum senyum dgn malu-malu tetapi kelihatan manis. ~ manis senyum yg manis sekali. ~ mesra senyum yg menunjukkan rasa mesra. ~ pahit senyum yg dipaksakan ketika dlm kesusahan. ~ raja senyum yg sengaja dibuat-buat. ~ simpul senyum yg menunjukkan kegembiraan seseorang. ~ sumbing senyum yg sedikit saja. ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika bersedih. tersenyum melahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. senyuman gerakan bibir semasa tersenyum: ~ yg menawan dpt melembutkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paksa I | 1. perbuatan memestikan (orang melakukan sesuatu dll); kahwin ~ kahwin tidak dgn suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dll); kerja ~ kerja tidak dgn kemahuan sendiri (kerana hukuman); 2. kekerasan, tekanan, dll; dgn ~ dgn kekerasan; memaksa memestikan (dilakukan sesuatu), menyuruh dgn paksa: aku tidak ~ engkau mendengar nasihatku; memaksa-maksa meminta dgn sangat, mendesak; memaksakan menyorongkan (menganjurkan, memberikan, dll): pendapat yg baik tidak payah dipaksakan kpd orang; terpaksa dipaksa, mesti, tidak boleh tidak: mahu tidak mahu, kami ~ bermalam di situ; paksaan 1. paksa, desakan kuat, kekerasan: ~ utk bekerja bagi kepentingan kaum kapitalis tidak ada; tiga setengah tahun lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun; 2. yg dipaksa; keterpaksaan keadaan terpaksa: ~ Nila Utama membuang mahkota lambang kekuasaannya ke laut; pemaksaan perihal atau perbuatan memaksa: ia membantah ~ terhadap dirinya; pemaksa orang atau benda yg memaksa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |