Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diselami

Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselami,
     ini pula air dalam terenang.

Bermaksud :

Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terselamiboleh diselami, dapat difahami, terduga;Kamus Dewan Edisi Keempat
mistik1. suluk, tasawuf: dlm hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; 2. keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban; kemistikan keadaan mistik.Kamus Dewan Edisi Keempat
hanyut1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belu­lang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebab­kan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa menge­lamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hilang1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suara­nya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemu­dian drpd makzulnya sembilan tahun, sete­lah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ di­cari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut menger­jakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb ke­pandaian (kebesaran) seseorang tidak ke­lihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk ber­ganti kijang emas prb perempuan yg ber­cerai dgn suaminya yg hina kemudian ber­kahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan sese­orang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb per­buatan baik atau jahat akan hilang di­lindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani me­lakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikam­nya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, ke­matian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang se­suatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, pe­ng­­ha­pusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: se­teguk air ~ dahaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
selam I; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan); berselam Pr menguji siapa yg akan me­musingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, me­meriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), ber-usaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain; menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan, mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air yg keruh itu; terselam dapat atau sudah menyelam, ter­benam; terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga; selaman hasil atau usaha menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelaman perbuatan menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg dise­lamkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas