vaksin | benih cacar yg dilemahkan dan disuntikkan ke dlm badan utk menjauhkan seseorang drpd dijangkiti penyakit cacar. memvaksin menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd dijangkiti sesuatu penyakit: Kementerian Kesihatan mengadakan kempen ~ penduduk utk mengelakkan jangkitan penyakit tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vaksin | benih cacar yg dilemahkan dan disuntikkan ke dlm badan utk menjauhkan seseorang drpd dijangkiti penyakit cacar. | Kamus Pelajar |
botoks | bahan kimia beracun yg dihasilkan drpd bakteria Clostridium botulinum, yg disuntikkan ke dlm tubuh utk tujuan kecantikan spt utk menegangkan muka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
botoks | bahan kimia beracun yg dihasilkan drpd sj bakteria (Clostridium botulinum) yg disuntikkan ke dlm tubuh utk tujuan kecantikan, spt utk menegangkan kulit muka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antigen | ist bahan (protein atau toksin) yg merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi jika disuntikkan ke dlm tubuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benih | 1 biji atau buah yg kecil-kecil, spt padi, yg akan disemai atau ditanam: Dipilihnya buah padi yg bernas dan baik utk dijadikan ~. 2 kecambah drpd biji-biji yg akan ditanam: Apabila sudah berumur empat puluh hari, ~ itu pun dipindahkan ke sawah. 3 sesuatu yg akan tumbuh atau yg akan menjadi: Utk menjauhkan penyakit cacar, ~ cacar hendaklah disuntikkan ke tubuh kita. 4 turunan; baka: ~ lembu itu berasal dr Benggala. berbenih mempunyai benih. membenih ki mula wujud, timbul dsb sesuatu perasaan atau keadaan: Disebabkan selalu belajar bersama, rasa sayang ~ antara mereka. membenihkan menyebabkan timbul atau wujud sesuatu perasaan, hasil dsb: mewujudkan; menghasilkan: Tindakan tsb akan ~ rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan. Usaha gigih mereka kini ~ hasil. pembenihan perbuatan atau usaha menanam benih; penyemaian: ~ awan telah dijalankan utk menghasilkan hujan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benih | 1. biji atau buah yg kecil-kecil spt padi dll yg akan disemai atau ditanam: Dipilihnya buah padi yg bernas dan baik utk dijadikan ~. 2. kecambah drpd biji-biji yg akan ditanam: Apabila sudah berumur empat puluh hari, ~ itu pun dipindahkan ke sawah. 3. sesuatu yg akan tumbuh atau yg akan menjadi: Utk menjauhkan penyakit cacar, ~ cacar hendaklah disuntikkan ke tubuh kita. 4. turunan; baka: ~ lembu ini berasal dr Benggala. | Kamus Pelajar |