Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditiadakan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mansuhtidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus; memansuhkan menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh diman-suhkan pd bila-bila masa pun; pemansuhan perbuatan (tindakan dsb) me­mansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ pe-periksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964.Kamus Dewan Edisi Keempat
hakikatAr sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lumpuh(disable)Keadaan peranti yang keupayaannya untuk bertindak ditiadakan buat sementara waktu atau buat selamanya.Kamus Komputer
meniadakan1. menganggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
tiada1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
jatuh1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, ter­sungkur, tertiarap); pandai ~ dapat meng­elakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, ber­tepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tum­bang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pang­kat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh ke­senangan (ke­kayaan dll); b) walaupun men­dapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id men­dapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (wak­tunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (di­harapkan); biar ~ terletak, jangan ~ ter­hem­pas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hu­kuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, me­numbangkan: parti-parti pembangkang men­­cuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd meng­hukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut men­dapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat ke­bahagiaan (kesenangan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas