Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diutarakan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengempanganperihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengutarakan1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam);Kamus Dewan Edisi Keempat
utara II; mengutarakan 1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam); pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dorong; mendorong 1. menyorong (ke de­pan), menolak (dr belakang ke depan), tampil (ke depan): kereta yg kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan; 2. ki mem­berangsangkan, mempengaruhi, menyebab­kan (jadi sesuatu): tidak pernah saya ketemui orang yg sanggup menolong dan ~ saya melanjutkan pelajaran saya spt Pak Man itu; keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya utk bekerja di kapal; apa yg diutarakan mereka dlm mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yg meruap-ruap di dada mereka; keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yg banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh; dorong-mendorong bertolak-tolakan; mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka): dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium; terdorong 1. terlangsung (ke depan), ter­sorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk me­laku­kan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas pa­dahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; dorongan 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan fa­ham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; keterdorongan keadaan (perihal) ter­dorong: ~ orang utk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi; pendorongan perihal atau perbuatan men­dorong; pendorong 1. (benda) yg mendorong (me­nyorong, menganjur, dll), penyorong, pe­nolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya ber­sungguh-sungguh mempelajari Bahasa Ke­bangsaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
empang I1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah; pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;pengempang empang(an).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas