besok pagi | esok pagi-pagi hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besok | (bésok) bp 1. esok hari, hari selepas hari ini: lebih baik ~, pukul 10.00 saya jemput dia; ~ pagi esok pagi-pagi hari; ~ petang esok petang-petang hari; 2. = ~ lusa pd masa yg akan datang, kelak: apabila sudah ada wang ~, bolehlah dibayar sewanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekes | (rékés) IB 1. (surat) permohonan (lamaran, permintaan, rayuan): buat ~ malam ini dan hantarkan esok pagi; 2. (surat) permohonan (lamaran dll) pekerjaan; 3. = merekes memasukkan surat permohonan (pekerjaan dll), memohon pekerjaan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penandatanganan | perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pergi | 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. meninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petang I | waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn membuang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perintang-perintang masa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyampang | 1. kebetulan, untunglah, mujurlah: ~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali; 2. kalau-kalau, jika sekiranya: ~ balik esok, jemputlah singgah; 3. selagi, sementara: ~ ada peluang tuan ziarahi kubur; 4. mentang-mentang, masakan: ~ dia ber-pangkat, bukan main sombong lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandatangan | nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tandatangan; ada tandatangannya. menandatangani menurunkan atau membubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. penandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuat kuasa | 1. perihal mulai berlakunya (peraturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~ nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah; berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; menguatkuasakan menjadikan (undangundang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; penguatkuasaan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |