Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hendakkan

Puisi
 

Bulan terang memungut paku,
     Anak kumbang terayap-rayap;
Orang seberang hendakkan aku,
     Hendak terbang tidak bersayap.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bakar air hendakkan abu.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hendak1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayu­nya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wang ~ membuat belanja sesen pun tiada; tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerja­kan sesuatu); ~lah mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharus­nya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; ~pun kalau­pun: ~pun dikatakan cantik tidak juga; menghendaki hendak (mahu) akan, meng­in­gini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; kehendak = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati; berkehendak berharap akan, bermaksud hen­dak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya; berkehendakkan berkehendak akan, me­mer­lukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut; mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua orang menghor­matinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pakaniraJw sl tuan, engkau: jika ~ hendakkan pakai keris manira kuberikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersicepat1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersecepat1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang;Kamus Dewan Edisi Keempat
bercepat-cepat1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang;Kamus Dewan Edisi Keempat
dedak Ikulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;bagai padi hendakkan ~, bagai laki hen­dakkan kendak prb orang yg suka menolak pem­berian yg baik dan lebih suka membuat pe­kerjaan buruk; minta ~ kpd orang me­ngubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong.Kamus Dewan Edisi Keempat
puyuh Isj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis; bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~ hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati; sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt ~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja).Kamus Dewan Edisi Keempat
gelagahsj tumbuhan yg rupanya spt tebu, Saccharum spontaneum; ~ boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak prb meniru-niru perbuatan orang lain kerana hendakkan keuntungan tetapi sia-sia belaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangguk1. sj bakul drpd rotan atau jaring yg berbingkai (utk menangkap ikan, udang, dll): ikan di kawasan itu ditangkap dgn tangan atau dgn ~; 2. ki tipu muslihat (utk meme­rangkap, memikat, dll); ~ rapat keruntung bubus prb perihal suami isteri yg tidak bersetujuan sifatnya (suami ban­yak mendapat wang tetapi isterinya boros); bagai ~ lerak dgn bingkainya prb suami isteri yg tidak pernah bercerai sampai ajalnya; menangguk menangkap (ikan dll) dgn tang­guk: abang ke sungai ~ udang; ~ hutang menagih hutang; ~ di air keruh prb mencari keuntungan dll sementara ada kekacauan (perselisihan dll); hendak ~ ikan, tertangguk akan batang prb hendakkan laba tetapi jadi rugi; tertangguk kena ditangguk, tertangkap dgn tangguk; ~ pd ikan dikeruntungkan, ~ pd ular dikerun­tungkan juga prb buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai; penangguk 1. orang yg menangguk; 2. alat utk menangguk.Kamus Dewan Edisi Keempat
cepat1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas