ibu roti | sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibu roti | ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ibu roti | sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apam | sj penganan yg biasanya dibuat drpd tepung beras yg dicampurkan dgn ibu roti dan dikukus; ~ balik sj apam yg dibakar dan ditaburi kacang, gula, dsb di atasnya dan dilipat dua; ~ dewa = ~ lenggang apam yg dibakar dgn melenggangkannya dlm sj belanga; ~ Malaysia sj apam yg dibuat drpd campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus; ~ mangkuk sj apam yg dikukus dlm mangkuk-mangkuk kecil; ~ manis sj apam yg berwarna-warni yg dibuat drpd campuran tepung beras, aiskrim soda, dsb dan dikukus; mengapam 1. memasak apam; 2. menyerupai apam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roti | sj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll; ~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~ capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~ kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bakar | ; bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak) utk membakar. pisang ~ pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yg dibakar, benda-benda yg terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1 orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2 sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biang I | 1. induk (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); ayam ~ induk ayam; ~ jari = ~ tangan ibu jari; ~ lebah induk lebah; 2. Jk jenis yg murni (asli); ~ ayam ayam jenis yg asli (bukan campuran); 3. pati, sari; ~ cuka pati drpd cuka; ~ roti ragi utk membuat roti; 4. pokok pangkal, asal mula: berjudi adalah ~ segala kejahatan; ~ keladi a) umbi keladi; b) orang (hal dll) yg menjadi punca kejahatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
induk | Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibu | 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bakar; | bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak dsb) utk membakar. pisang ~pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1. memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2. memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3. ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yang dibakar, benda-benda yang terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api:Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1. orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2. sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! | Kamus Pelajar |