Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata induknya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kunci1 alat yg terdiri drpd mangga (induknya) dan pembukanya utk mengancing pintu dll. 2 = anak ~ alat yg dimasukkan ke dlm lubang pd pintu atau pd mangga dan diputarkan utk mengancing atau utk membukanya. 3 = ibu ~ alat yg dipasangkan pd pintu dll dan dpt dibuka dgn anak kunci; mangga. 4 alat yg membuat sesuatu (spt jam, barang mainan) berjalan. ~ kira-kira penyata yg menunjukkan kedudukan atau keadaan harta dan tanggungan (hutang piutang) pemilik pd sesuatu tarikh. berkunci 1 memakai kunci. 2 ditutup atau dikancing dgn kunci: Saya tidak dpt memasuki rumah itu sebab pintunya ~. mengunci menutup pintu (peti dll) dgn kunci; mengancing: Masing-masing ~ pintu dan tidak berani keluar rumah. terkunci 1 tertutup dan berkunci (bkn pintu dll); terkancing. 2 terperangkap dlm bilik dll yg berkunci. 3 ki tidak dpt melakukan sesuatu: mulutnya ~ tidak dpt berkata-kata (kerana terkejut dll). pengunci alat utk mengunci; pengancing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengeramimengeram di atas sesuatu (biasanya telur); ~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung; seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama;Kamus Dewan Edisi Keempat
menarabangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berben­tuk menara di lapangan terbang tempat me­ngawal lalu lintas udara, terutamanya per­lepasan dan pendaratan kapal terbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghuni1. mendiami, menduduki: meng­apa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
huni; berhuni ada didiami orang, berpen­duduk: kami tahu rumah itu ~ kerana adanya cahaya lampu; menghuni 1. mendiami, menduduki: meng­apa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya; penghunian perihal, perbuatan atau tin­dakan menghuni (rumah, bilik dsb): kawasan itu mempunyai kadar ~ yg tinggi, iaitu sebanyak 85%; penghuni 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg me­ngandungi bara; 2. hantu penunggu; ~ dunia manusia (binatang dll) yg mendiami dunia ini; ~ kampung penduduk kampung; berpenghuni mempunyai penghuni: rumah itu tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
eram; mengeram 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama; mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur); ~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung; seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama; mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dgn mengerami);pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;pengeram = mesin ~ sj alat yg mengeluarkan haba utk menetaskan telur.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas