jauh | 1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini; ~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~ drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya; ~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawapan atau sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~ maka dipanggil prb telah terlambat; sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati; b) segan-segan; berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari: mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh; menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); menjauhi menjaga supaya jauh dr, menghindari: orang kampung berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya; menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri; kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jauh | 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jauh | 1. jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2. besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat:Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3. tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat:Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4. terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb):Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan menjauhkan diri dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1. menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2. menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak:Ia dpt memanah ~ 100 ela. | Kamus Pelajar |
sejauh | jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinggi | 1 jauh jaraknya dr bawah ke atas; lw rendah: Hotel itu sangat ~. dataran ~ dataran yg permukaannya jauh dr permukaan laut. 2 panjang (ttg bangun tubuh); lw rendah: Suaminya lebih ~ drpdnya. 3 peringkat atas (ttg pangkat, taraf dll); sangat baik (mutunya dll): jawatan ~; Mutunya ~. 4 mulia: ~ cita-citanya. 5 mahal (ttg barang); besar (ttg perbelanjaan): Harga beras sangat ~ sekarang. 6 berada pd peringkat yg atas; sudah maju: Pengetahuannya ~. ~ hari hampir tengah hari. ~ hati sombong. ~ usia sudah tua; sudah lanjut umurnya. meninggi 1 menjadi tinggi; naik tinggi. 2 menjadi kuat dan nyaring (ttg suara). 3 sombong: Cakapnya ~ saja. ~ hari menjadi hampir tengah hari. meninggikan 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi. mempertinggi menjadikan lebih tinggi: Ia belajar bersungguh-sungguh utk ~ ilmu pengetahuannya. ketinggian 1 keadaan atau hal tinggi. 2 tempat yg tinggi. peninggian perbuatan atau hal meninggikan; peningkatan (mutu dsb); penambahan (pendapatan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tinggi | 1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~; kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran (tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr permukaan laut; 2. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek: Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki; 3. hampir sampai ke tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah hari; 4. luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~; budi pekerti yg ~; 5. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf, dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~; sekolah ~; barang-barang bermutu ~; 6. sudah lanjut (umur); usia ~ sudah tua; 7. mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah lebih ~ drpd di Asia; 8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll), berada pd tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan, dll): bertamadun ~; seni yg ~; 9. angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~; hidung ~ ki bongkak, sombong; 10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~ ~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki; ~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~ lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasanya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan); meninggi 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari; setinggi 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengan-dungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; setinggi-tinggi 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, sebanyak-banyaknya: baginda mengucapkan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; meninggikan 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyanjung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); mempertinggi menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yg lebih berat; ketinggian 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduknya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; peninggian perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendah | 1 tidak jauh jaraknya dr bawah; tidak tinggi: bangunan yg ~; pokok yg ~. 2 tidak nyaring (bkn suara); perlahan: bercakap dgn suara yg ~. 3 tidak mulia budi (hati); hina: ~ akhlak; ~ budi. 4 tidak mahal; murah: Harga getah ~ sekarang. 5 tidak banyak (bkn pendapatan dll); sedikit: golongan yg berpendapatan ~. 6 tingkat permulaan: sekolah ~. 7 tidak penting; bawahan (bkn pangkat atau kedudukan): pegawai ~. 8 kurang baik (bkn mutu): barang yg mutunya ~. 9 belum maju lagi; mundur: keadaan hidup yg masih ~. ~ hati (diri) tidak sombong; baik hati. merendah 1 menjadi rendah; menurun: Dengkurnya mula ~. 2 berlaku rendah hati; berlaku tidak sombong: Jika berhadapan dgn sesiapa pun, dia sentiasa ~. ~ hati (diri) menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. merendahkan 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri membongkok supaya rendah. rendahan yg rendah pangkatnya (orang, pegawai dsb); bawahan. kerendahan 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dekat | 1 tidak jauh jaraknya atau antaranya; rapat; hampir: Rumah saya ~ dgn sekolah. 2 hampir (bkn waktu, masa): Mereka rajin mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah ~. 3 rapat (bkn persaudaraan dsb): Ani ialah saudara ~ saya. berdekat 1 berada dekat (dgn); berdamping; berapat-rapat: Dia enggan ~ dgn saya. 2 bergaul; berdamping: Dia dilarang ~ dgn budak-budak nakal. berdekatan berhampiran dgn; tidak berjauhan: Rumah-rumah yg ~ dgn Sungai Pahang habis ditenggelami air. Anaknya didaftarkan di sekolah yg ~. mendekati 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. mendekatkan 1 menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2 menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka. memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat dll); memperapat. terdekat paling dekat: Dia mengambil buku yg ~ dgnnya lalu membacanya. pendekatan 1 perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2 cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berteksi | menaiki teksi: walaupun jaraknya sangat dekat, kami terpaksa ~ pd pagi itu kerana hujan sangat lebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dekat | 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir: rumahnya ~ dgn kedai; budak itu datang dan duduk ~ saya; Sungai Siput letaknya ~ sahaja dgn Kuala Kangsar; 2. hampir (bkn waktu, masa, jumlah, dll): siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; wang yg dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; 3. bp kata yg menunjukkan tempat, di: makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu; 4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu): peperiksaan akhir tahun sudah ~; 5. rapat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dll), karib: penghulu kampung itu ~ benar dgn anak buahnya; dia itu saudara ~ saya; ~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan yg dapat dibuktikan kebenarannya; ~ tak tercapai jauh tak berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk mendapatkannya;dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat; berdekat 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl berhubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur: kesukaan itu selalu ~ dgn kedukaan; berdekat-dekat, berdekat-dekatan 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; berdekatan 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); mendekat 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3. mahu berbaik-baik; mendekati 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk melaksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; mendekatkan 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demikian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia; memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll), mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu; terdekat dekat sekali, paling dekat: pe-labuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura; kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ penggunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari; pendekatan 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |