jasa baik | pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menyelesaikan sesuatu perkara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ihsan | Ar 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan; keihsanan sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati: mereka tidak spt mana sahaja manusia yg lain dlm erti kata keluhuran akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas darah dan dagingnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gajah | 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jasa | perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jasa | perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti:~nya banyak terhadap negara. berjasa 1. berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti:Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2. berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. | Kamus Pelajar |
jasa | pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menyelesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengenang budi | mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengenang | mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bakti | perbuatan baik utk menyatakan setia (kasih, hormat, dll), jasa: membuat ~ kpd negara;berbakti berbuat bakti (kpd), berjasa: ~ kpd nusa dan bangsa;membaktikan memberikan sesuatu utk tanda bakti, mengabdikan (menghambakan) dlm membuat sesuatu yg berfaedah: ~ harta dan tenaga kpd tanah air;kebaktian perbuatan baik (bakti), rasa setia (kasih, hormat, dll): jikalau demikian, siasialah ~ku;pembaktian perihal membaktikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budi | 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |