Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.pit] | جڤيت

Definisi : ; menjepit mengapit (menekan dsb) sesuatu di antara dua benda yg dikatup, menyepit: dia menggunakan ragum utk ~ serta mengangkat besi yg panas itu; terjepit 1. terhimpit di antara dua benda, tersepit: kakinya ~ di celah dahan-dahan kayu; 2. ki terperangkap (terkepung dll) kerana terdesak dr kiri kanan, tidak dapat bergerak kerana tergencet drpd dua pihak: India dan negara-negara Asia lainnya akan ~ oleh Jerman dr barat dan Jepun dr timur; jepitan penjepit; penjepit alat utk menjepit, penyepit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.pit] | جڤيت

Definisi : ; menjepit mengapit sesuatu di antara dua benda yg boleh terkatup erat-erat; menyepit: Dia ~ besi yg panas itu dgn ragum, lalu mencelupkannya ke dlm air. terjepit 1 terlekat di antara dua benda; terhimpit; tersepit: Jarinya ~ pd daun pintu. 2 ki tidak dpt bergerak kerana didesak dr dua pihak; terkepung; terperangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jepit