Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kail-kail

Puisi
 

Tali kail panjang seratus,
     Saya nak mengail ikan parang;
Hendak meniti jambatan putus,
     Hendak menyeberang buaya garang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Umpan seumpan,
     kail sebentuk.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.

 

Lihat selanjutnya...(3)

225

Don't get into deep water until you learn how to swim

Jangan melakukan sesuatu yang berisiko atau berbahaya selagi diri belum mampu untuk menanganinya atau menghadapinya.

Kail sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhayut

You should not have agreed to take part in this expedition with the little experience that you have. My advice is, don't get into deep water until you learn how to swim.

Kamu tidak sepatutnya menyertai ekpedisi ini dengan hanya berbekalkan secebis pengalaman. Nasihatku, kail sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhayut .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kail-kailberasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunda II; kail ~ kail yg ditarik di bela­kang perahu. pukat ~ pukat yg ditarik di belakang perahu dll. sampan ~ sampan yg berisi muatan dan ditarik oleh kapal kecil. bertunda sedang menarik sampan tunda. menunda 1 menarik sampan dll dgn tali dsb. 2 ki berjalan dll berikut-ikut atau berturut-turut; mengikut di belakang. penundaan perbuatan menunda. penunda sesuatu yg digunakan utk menunda; penarik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kail II; kail-kail berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sengkulsakit kerongkong dan susah menelan, sakit kail-kail.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepancinganpenyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunda Isesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, ber­turut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakang­nya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kema­langan; tali ~ tali utk menarik sampan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
pancingalat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll); ~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj per­mainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb per­buatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula; memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tuju­an utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg me­narik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diper­oleh); pancingan sesuatu yg digunakan utk meman­cing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail; pemancing orang yg memancing.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunda II; kail ~kail yg ditarik di belakang perahu.Kamus Pelajar
kail tundakail yg ditarik di bela­kang perahu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kail tundakail yg ditarik di belakang perahu;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas