Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (orang yg) suka berjudi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Peribahasa

338

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih tidak bersekutu dengan bijak

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi.Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaki judi(orang yg) suka berjudi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki I1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah se­kali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat se­suatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt ber­temu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai ber­main (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg meng­hubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah ter-langkahkan, tangan sudah terjembakan Mn, prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau mem­perkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang IV; berpasang-pasangan, pasang­-memasang tembak-menembak, bedil-mem­bedil; memasang 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menya­lakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll); ~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukum­an di penjara; ~ bendera menaikkan (mengi­barkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menen­tukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar me­naikkan (mengenakan) layar; ~ mata men­jaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll); memasangkan memasang sesuatu utk, me­ngenakan sesuatu pd, melengkapi sesuatu dgn: aku pasangkan juga kipas angin di depan ibu; pasangan 1. sesuatu yg dipasang; 2. wang yg dipasang (dlm permainan judi); 3. kuk yg dipasang pd tengkuk kerbau dll (utk menarik kereta dll); ~ tiba di kodok prb perintah (pe­kerjaan) yg tidak dapat dielakkan lagi; pemasangan perbuatan (kerja) memasang: ~ kawat telegraf; pemasang orang yg memasang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahi I1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengan­dungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuang­kan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
memasang1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menya­lakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll); ~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukum­an di penjara; ~ bendera menaikkan (mengi­barkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menen­tukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar me­naikkan (mengenakan) layar; ~ mata men­jaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas