berkas I | ikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dll): membeli beberapa ~ kayu api; ~ pembuluh gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; memberkas 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh; 2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;memberkaskan mengikatkan: basikal kami diberkaskan di belakang motokar;terberkas terikat dlm satu ikatan, tergabung;pemberkasan 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkas | ikatan beberapa benda, spt kayu api; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan: Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkas | ikatan beberapa benda spt kayu api dsb; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan:Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1. mengikat beberapa benda dlm satu ikatan:Ia ~ tebu itu sepuluh-puluh setiap ikatan. 2. ki menahan orang-orang yg disyaki bersalah; menangkap:Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. | Kamus Pelajar |
timbun | kumpulan atau himpunan sesuatu (spt pasir, kayu api) yg berlonggok; se~ pasir. bertimbun 1 bersusun bertindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. menimbun 1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk. menimbuni menjadi sbg timbun pd: Tanah ~ lubang itu. menimbunkan meletakkan sesuatu bersusun-susun hingga merupakan tompokan; melonggokkan; menompokkan: Pekerja-pekerja itu ~ pasir di tepi jalan. tertimbun tertutup oleh tanah dll; terkambus; tertimbus. timbunan 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. penimbunan perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. penimbun 1 pasir, tanah dll yg ditimbunkan atau utk ditimbunkan. 2 orang yg menimbun lubang dsb atau menimbunkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bakar | ; bahan ~ barang-barang yg akan dinyalakan (spt minyak tanah dsb); ikan ~ ikan panggang; kayu ~ kayu api; ~ tak berapi prb menaruh cinta tidak dgn sebenarnya; ~ tak berbau prb maksud jahat yg tersembunyi;membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);membakarkan membakar sesuatu utk: ia ~ anaknya ikan asin;terbakar 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;kebakaran 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;pembakaran 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur;pembakar 1. orang yg kerjanya membakar sesuatu: ~ meriam; 2. yg membakar; bom ~ Id bom yg membakar; zat ~ Id oksigen; 3. (alat) yg digunakan utk membakar sesuatu: acuan ~ kuih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pikul | 1 banyak yg dpt dibawa di atas bahu: Pd waktu itu, se~ kayu api berharga 30 sen. 2 ukuran berat yg beratnya 60.479 kg atau 100 kati. memikul membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pikul | 1 banyak yg dpt dibawa di atas bahu: Se~ kayu api berharga 30 sen. 2 ukuran berat yg beratnya 60.479 kg atau 100 kati. memikul membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. | Kamus Pelajar |
mengebat | mengikat; membebat: ~ kayu api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbun | kumpulan atau himpunan sesuatu (spt pasir, kayu api dll) yg berlonggok: se~ pasir. | Kamus Pelajar |
kayu api | kayu yg dibakar sbg bahan api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |