gentat | lekuk ke dalam, kempis ke dalam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekung | 1 lekuk ke dalam (ttg mata atau pipi); cengkung: Ketika ia sakit dahulu, mukanya kelihatan ~. 2 melengkung ke dalam di bahagian tengah (ttg cermin); lw cembung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tulis(write) | 1. Tindakan merakamkan data ke dalam peranti simpanan ingatan. 2. Tindakan meletakkan data ke dalam liang, daftar, atau kedudukan ingatan. | Kamus Komputer |
input | 1. Proses membawa perisian atau data dari luar ke dalam sistem. 2. Perisian atau data yang dibawa ke dalam sistem untuk diproses. Bandingkan output. | Kamus Komputer |
cekung | 1. lekuk ke dalam (ttg mata atau pipi); cengkung: Ketika ia sakit dahulu, mukanya kelihatan ~. 2. melengkung ke dalam di bahagian tengah (ttg cermin); lw cembung. | Kamus Pelajar |
pemuatan dinamik(dynamic loading) | Pemuatan modul atur cara ke dalam ingatan utama dengan merujuk atur cara utama yang telah dimuatkan terlebih dahulu ke dalam ingatan utama, bukan berdasarkan kedudukan tetap. | Kamus Komputer |
penampungan(patching) | 1. Proses mengubahsuai fungsi sistem komputer dengan menambahkan atau memasukkan komponen baru ke dalam sistem. 2. Proses memasukkan kod atau atur cara kecil ke dalam perisian sedia ada untuk membetulkan pepijat atau mengubahsuai fungsi perisian tanpa menyusun semula perisian asal. | Kamus Komputer |
tambah(append) | 1. Tindakan memasukkan data di hujung dokumen atau rekod. Misalnya, memasukkan rekod baru ke dalam pangkalan data yang sedia ada atau memasukkan aksara ke dalam senarai atau rentetan aksara. 2. Suruhan atau fungsi yang menyuruh komputer melakukan tindakan menambah di hujung. | Kamus Komputer |
tampung(patch) | 1. Tindakan mengubahsuai fungsi tertentu sistem komputer dengan menambahkan atau memasukkan komponen baru ke dalam sistem. 2. Kod atau atur cara kecil yang dimasukkan ke dalam perisian sedia ada untuk membetulkan pepijat atau mengubahsuai fungsi perisian tanpa menyusun semula perisian asal. 3. Sambungan elektrik sementaa yang dipasang untuk membolehkan sistem terus berfungsi. | Kamus Komputer |
kunci perkakasan(hardware key) | 1. Peranti keselamatan yang perlu disumbatkan ke dalam perkakasan sebelum komputer atau sistem berkeselamatan boleh digunakan. Kunci ini digunakan untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menggunakan sistem. 2. Peranti yang perlu disumbatkan ke dalam liang komputer sebelum perisian berpelindung boleh digunakan. Kunci perkakasan digunakan oleh pembuat perisian untuk mengelakkan pembeli menyalin perisian secara bebas. 3. Peranti yang diperlukan untuk membuka atau menutup fail sulit yang elah dikodkan. Bandingkan kunci perisian. | Kamus Komputer |