Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
SSM Ikep Seri Setia Mahkota (pingat kelas satu dlm Darjah Yang Mulia Seri Mahkota Malaysia, pemegangnya disebut Tun dan isterinya Toh Puan).Kamus Dewan Edisi Keempat
SMNkep Seri Maharaja Mangku Negara (pingat kelas satu dlm Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, pemegangnya bergelar Tun dan isterinya Toh Puan).Kamus Dewan Edisi Keempat
selamba1. pd lahirnya macam biasa (sedang­kan sebenarnya telah berlaku sesuatu), ber-lagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu.Kamus Dewan Edisi Keempat
taipmesin ~ mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara mekanikal;menaip menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf; taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dll): mereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~; menaipkan menaip sesuatu utk (kerana); taipan yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~; penaipan perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan utk semakan; penaip orang yg menaip.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas I1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golong­an atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan per­samaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. baha­gian, kategori, kumpulan (berdasarkan ting­katannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedu­dukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat­tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkap II1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun pin­tunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg merupakan satu kesatuan: bebe­rapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6); serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~; berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~; merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai men­jadi satu: dua helai kain dirangkap utk pe­nutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu­­-rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang me­nger­­ja­kan dua atau tiga pekerjaan: waktu ke­tiada­an Tun, Kementerian Pertahanan di­­-rang­­­­­­kapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg di­­jadikan satu.Kamus Dewan Edisi Keempat
yis1. sj kulat satu sel dlm kelas Ascomycetes yg dapat menapaikan gula dan kaya dengan vitamin B kompleks; 2. sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti dsb, dan utk menapaikan bir, wiski, dsb, ragi.Kamus Dewan Edisi Keempat
berekabahasadapat bertutur dlm satu bahasa sahaja: kelas peralihan utk murid-murid yg ~ Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mobilitiperihal mudah bergerak atau digerak­kan, perihal mudah berpindah tempat tinggal (bertukar pekerjaan dsb); ~ industri kebolehan pekerja berpindah dr satu industri ke satu industri yg lain; ~ men-datar pergerakan individu atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat ke kedudukan (jawatan dsb) yg berlainan drpd yg diduduki sebelumnya tetapi tidak berubah dr segi status, kekuasaan, kelas dsb; ~ menegak perubahan kedudukan individu atau kumpulan dlm sesuatu masya­rakat dr segi kelas, kekuasaan, status dsb; ~ pekerja (Eko) kebolehan para pekerja ber­tukar kerja atau berpindah tempat kerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
senang1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas