kenderaan berat | kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek angin | brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melubangkan | 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan berlubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek | alat utk menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan kenderaan (kereta, basikal, dll): apabila ia menekan ~, keretanya berhenti; ~ angin brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; ~ gelendong sistem brek kenderaan yg kepingan logam melengkungnya menekan permukaan dalam gelendong logam yg berputar apabila membrek; ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan tekanan hidraulik; ~ kaki brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); ~ piring = ~ cakera sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; ~ tangan a) brek kenderaan (spt kereta, lori dsb) yg dikendalikan dgn tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak; b) brek pd hendal motosikal (basikal dsb) yg dikendalikan dgn tangan; membrek menekan (menarik) brek: drebar ~, dan lori itu terhenti di tepi jalan; membrekkan menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang empat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenderaan | kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendera | ; berkendera menaiki sesuatu jenis kenaikan (spt motokar dll), menunggang kuda (gajah dll); mengenderai menaiki kereta dll, menunggang kuda dll: dgn ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan; kenderaan kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; berkenderaan menggunakan atau mempunyai kenderaan (spt berbasikal, berkereta, berkuda, dll): mereka datang beramai-ramai, ada yg ~ dan ada yg berjalan kaki sahaja; walaupun ia pegawai yg berdasi dan ~ mobil, ia kemudian menggabungkan dirinya dgn syarikat buruh; pengendera 1. orang yg menaiki atau menggunakan kenderaan (spt kereta dsb); 2. ark penunggang (kuda, gajah, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat | 1 kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2 besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3 tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4 terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5 lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar, spt meriam. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd: Soal rumah tangga ~ fikirannya. Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1 menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2 menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3 menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat sesuatu atau benda yg memberati atau memberatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lubang | 1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg bertakung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan berlubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat | 1. kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2. besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3. tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4. terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5. lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar spt meriam dsb. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd:Soal rumah tangga ~ fikirannya.Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1. menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2. menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3. menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1. sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2. berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat benda yg digunakan utk memberati atau memberatkan. | Kamus Pelajar |
mengarah | 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |