periuk I | sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll); ~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; ~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senam II | 1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai air kerak, warna-nya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hitam | 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak berminyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) manggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg disukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg membolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sendiri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg sebenarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah dipisahkan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih memandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut kelihatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hidungnya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn meninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retak | 1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (perselisihan dll) yg boleh menimbulkan perpecahan (perceraian dll), sudah tidak semuafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retaknya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebabkan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pelendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasi I | 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuningan) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah masak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng bersama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana terlalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian dihimpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rempah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg dikuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn berlebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg dikukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg lengkap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg disuapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan dan sebaliknya (ketika bersanding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg dikangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihidangkan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ketahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tambah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; menantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balik I | 1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keras I | 1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak): hanya tulang-tulangnya yg ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; keluli lebih ~ drpd besi; daging ini sangat ~; pakaian ~ pakaian berkanji dan berseterika; 2. dgn giat atau bersungguh-sungguh, dgn sepenuh tenaga atau usaha, dgn sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dsb): beberapa orang yg cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang; 3. dgn tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat: berpegang ~ kpd faham dan kepercayaan kuno; kemahuan yg ~; 4. tidak dgn sikap bertolak ansur (bkn bantahan, tentangan, dsb), tegas: ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu; 5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dll), ketat, sungguh-sungguh: terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 6. berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bkn tindakan dsb), tegas, tidak berkira-kira: tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yg curang; 7. dgn sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dsb): dilarang ~ masuk tanpa urusan rasmi; penonton-penonton dilarang ~ merokok; 8. membahayakan dan mungkin membawa maut (bkn penyakit), teruk, berat: terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~; 9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb), hebat: inilah tanda patik membunuh perajurit yg terlalu ~ itu; diberinya oleh raja Siam ketumbukan yg ~; terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; 10. kencang, deras (angin dll), sangat lebat (hujan): angin pun bertiup terlalu ~; gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dgn ~nya; hujan amat ~nya; 11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dll): kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kpd orang-orangnya; sesetengahnya tidur berdengkur dgn ~; 12. tidak lemah lembut atau sopan santun (bkn kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan: oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yg ~; 13. dapat memabukkan (bkn minuman spt bir, wain, wiski, dsb), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bkn rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bkn ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bkn bau), rangsang (bkn bau): kesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~; rokok ini agak ~ bagi orang yg belum biasa merokok; terlalu ~ bau gas ini; 14. ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bkn spring dsb), tegang; 15. tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu: tempat ini ~ kerana ada puaka; ~ batang leher berpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah) tegar hati, mengotot; ~ genjur keras sekali (bkn sikap, tabiat); ~ hati a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil; b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh); ~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya); ~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak); ~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku; ~ kekung (kelengkung) Kl, Tr sangat keras (spt batu); ~ keng Kl, Tr keras kepala; ~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; ~-~kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dgn pujukan dsb (bkn kemahuan, ketabahan, dsb seseorang); ~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dgn mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata); ~-makas = ~-mangkas terlalu keras (bkn buah-buahan dll); ~ mulut a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dlm perdebatan (kuat bertengkar); b) tidak mudah dikendalikan (kuda dll); ~ bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan; ~ ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan); lunak tak tersudu, ~ tak tertakik prb perkataan orang yg bijaksana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya; berkeras 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; berkeras-kerasan sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll); bersikeras berkeras, mengotot; mengeras 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras; mengerasi 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato’ Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeraskerasan; mengeraskan 1. menjadikan keras (tidak lembik): ~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dll; 2. ki menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dsb), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dsb): Cikgu Hashim bertanya dgn suara yg agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati; 3. memaksa: ia ~ budak itu tinggal bersamanya; memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dll): perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat; terkeras terkuat (bkn suara, bunyi), terkasar (bkn tindakan, sikap, dll): suaranya sekali ini agak ~ sedikit; kekerasan perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; pengerasan perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dll); pengeras 1. jampi utk memperkuat diri atau utk menakutkan (memaksa, menundukkan) orang; 2. bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya; 3. alat utk mengeraskan atau menguatkan (suara dll); 4. sesuatu (spt jarum, duit syiling, dll) yg diberikan kpd tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sbg imbalan); berpengeraskan menggunakan sesuatu sbg pengeras: dgn hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |