Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakar­an); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg diguna­kan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasa­nya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta

Puisi
 

Kereta kuda kereta pedati,
     Mari dinaik Raja Dang Ratu;
Sungguh adik tidak mengerti,
     Apalah maksud kata begitu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hitam-hitam bendi,
     putih-putih sadah.

Bermaksud :

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

 

Lihat selanjutnya...(2)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kereta(keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakar­an); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg diguna­kan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasa­nya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kereta/keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menjalankan1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca;Kamus Dewan Edisi Keempat
tolak; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jum­lah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salun II, = kereta ~ kereta bertutup yg mempunyai dua atau empat pin­tu, tempat duduk utk empat atau enam orang, termasuk pemandu, dan bahagian but terpisah dr tempat duduk belakang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedan(sédan) = kereta ~ kereta bertutup yg mempunyai dua atau empat pintu, dan tempat duduk utk empat atau enam orang, termasuk pemandu.Kamus Dewan Edisi Keempat
salun II; kereta ~ kereta sedan.Kamus Dewan Edisi Keempat
terpakaisudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
prebet II(prébét) bp persendirian, perseorang­an (tidak rasmi atau umum); kereta ~ kereta yg digunakan oleh pemiliknya sendiri (bukan kereta sewa).Kamus Dewan Edisi Keempat
jenazahjasad orang mati; mayat: kereta ~ kereta yg membawa jenazah. menjenazahkan menguburkan jenazah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas