Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.bar] | خبر

Definisi : Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.bar] | خبر

Definisi : laporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(8)

540

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Hujan berpohon, panas berasal

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi hujan berpohon, panas berasal , dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
khabar (-khabar) anginkhabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
selentingan= khabar ~ khabar angin, desas-desus.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersumber1 ada sumber; berasal: Khabar-khabar yg tidak ~. 2 berasas (pd); bersandar (pd): Laporan yg ~ pd kejadian sebenar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gosipcakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat: dia terpaksa menafikannya, mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~; menggosipkan memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg gosip.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengononkan1. mengonon, memperko­non(kan); 2. mengisahkan (mempercakap­kan) dgn konon (dgn berasaskan kata orang, khabar-khabar, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
khabarAr 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum.Kamus Dewan Edisi Keempat
akhbar1 surat khabar. 2 khabar; berita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sumber1 tempat air meleleh keluar dr tanah; mata air. 2 lubang yg digali utk mendapatkan air; perigi; telaga: ~ minyak telaga minyak. 3 tempat asal atau tempat bermulanya sesuatu; punca: Berita itu telah didengar dr ~ yg dpt dipercayai. bersumber 1 ada sumber; berasal: Khabar-khabar yg tidak ~. 2 berasas (pd); bersandar (pd): Laporan yg ~ pd kejadian sebenar. bersumberkan mempunyai sesuatu sbg sumber; berasaskan: Undang-undang yg ~ al-Quran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
khabar anginkhabar yg belum tentu sah atau tidak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
khabar selentingankhabar angin, desas-desus.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas