koefisien | /koéfisien/ ist nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; pekali: Dlm ungkapan matematik 8x, 8 ialah ~ x. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
koefisien | (koéfisien) bp pekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koefisien | /koèfisien/ ist nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; pekali:Dlm ungkapan matematik 8x, 8 ialah ~ x. | Kamus Pelajar |
pekali | nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; koefisien. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekali | nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; koefisien. | Kamus Pelajar |
kali I | kejadian atau waktu yg berlaku berulang-ulang atau berturut-turut: Jam di bilik itu berbunyi tujuh ~. kali-kali daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4); sifir. kalian kamu semua; sekalian. berkali-kali berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. mengalikan menggandakan atau mendarabkan bilangan: Berapa jawabnya jika kita ~ empat puluh dgn dua puluh tiga? sekali 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. sekali-kali sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya: ~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. bersekali bersama-sama sekali; berserta: Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. sekalian 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. perkalian 1 (sifir) kali-kali. 2 hitungan darab. pengalian perbuatan mengalikan atau mendarabkan; penggandaan. pengali angka yg digunakan utk menggandakan; pendarab. pekali nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; koefisien. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kali I | kejadian atau waktu yg berlaku berulang-ulang atau berturut-turut: Jam di bilik itu berbunyi tujuh ~. kali-kali daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4 dll); sifir. kalian kamu semua; sekalian. berkali-kali berulang kali; kerap atau acap kali; sering; selalu:Mereka membunyikan hon kereta ~. mengalikan menggandakan atau mendarabkan bilangan: Berapa jawabnya jika kita ~ empat puluh dgn dua puluh tiga? sekali 1. satu kali:Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2. semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3. amat; sangat; paling:Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4. = ~ lalu, sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5. pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. sekali-kali sedikit pun; sama sekali; langsung:Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya:~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. bersekali bersama-sama sekali; berserta:Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. sekalian 1. semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2. =kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. perkalian 1. (sifir) kali-kali. 2. hitungan darab. pengalian perbuatan mengalikan atau mendarabkan; penggandaan. pengali angka yg digunakan utk menggandakan; pendarab. pekali nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain;koefisien. | Kamus Pelajar |