rep | (rép) (Muz) gaya muzik yg seni kata lagunya tidak dinyanyikan, tetapi dituturkan secara cepat dan berirama, yg berasal dr masyarakat berkulit hitam di Amerika: muzik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peti radio | alat perkakas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instrumental yg lembut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesawat radio | = peti ~ alat perkakas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instrumental yg lembut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ciptaan | sesuatu yg diciptakan, hasil kesenian: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suka | 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (kemahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalahmajalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) sekehendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seling | ; berseling ada yg mengantarainya; berselang. menyelingi menyela dgn sesuatu; menyelang: Pekerjaan yg sukar itu diselingi dgn gurau senda. selingan apa-apa yg digunakan utk menyelingi sesuatu yg berturut-turut: lagu-lagu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dendang | (déndang) nyanyian (lagu yg dinyanyikan) utk bersuka-suka atau menghiburkan hati; dgn ~ ki dgn mudah sahaja; berdendang, berdendang-dendang ber-nyanyi (berlagukan) dendang, bernyanyi (-nyanyi) utk bersenang-senang hati: mereka terus ~ dan berpantun; orang ~ di pentasnya, orang beraja di hatinya prb tiap-tiap orang berkuasa di tempat masing-masing; sambil ~ biduk hilir prb membuat dua tiga pekerjaan dgn sekali gus; mendendangkan menyanyikan dendang (utk bersuka-suka hati), menyanyikan (lagu yg menghiburkan): suara burung hantu bersahut-sahutan di tengah rimba ~ lagu disahuti dgn suara pungguk yg lanjut sayu; kedengaran di radio, biduan P. Ramlee sedang ~ lagu “Merak Kayangan”; dendangan (lagu dsb) yg didendangkan oleh seseorang: lagu merdu ~ biduanita Saloma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rancak I | 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampungnya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubah | ; menggubah 1 mengatur atau menyusun bunga dsb utk perhiasan. 2 membuat cerita atau lagu dsb; mengarang cerita; mencipta sajak: ~ lagu Melayu. gubahan 1 bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2 lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. penggubah orang yg menggubah; pencipta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gubahan | 1 bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2 lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |