Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Yang berbaris yang berpahat,
     yang bertakuk yang bertebang.

Bermaksud :

Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: 'Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pinta1. minta, mohon: mengapa itu yg datuk ~?; ~lah yg lain; 2. permintaan, permohonan: perkenankan olehmu akan ~ hambamu; 3. nasib, untung malang; buruk ~ nasib yg buruk; singkat ~nya cepat sampai maut(nya); meminta 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; terpinta sudah ditakdirkan atau ditentukan; pintaan permintaan, permohonan, pinta; peminta nasib, untung malang, pinta; ®minta.Kamus Dewan Edisi Keempat
sendiri1. tubuh diri yg sebenarnya (bukan wakil dll), diri: tidak ada masa utk memikir-kan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih pen-ting; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain, tidak berhubungan dgn orang lain: apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semua-nya; berkerajaan ~ merdeka; 3. seorang diri, tidak berkawan: pd hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku; 4. = sendiri-sendiri masing-masing: kedua-dua-nya sedang tenggelam dlm bacaan ~-~; 5. tidak berkaitan dgn orang lain, bukan (ke-punyaan, hak, dll) orang lain; tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain; 6. tidak termasuk yg lain, dlm kumpulan tertentu sahaja; ber-bunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dgn orang lain); 7. terpisah (tersisih) drpd yg lain, tidak bersama yg lain, berasingan; 8. Id, bp yg paling (belakang, depan, dll); sendirinya = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain, seorang diri; 2. secara automatik; bersendiri tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn yg lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain; terdapat kecenderungan utk ~; menyendiri duduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam; menyendirikan mengasingkan drpd yg lain: kemeja yg tanggal butang lebih baik disen-dirikan dahulu; tersendiri 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; ketersendirian keadaan tersendiri, keunggul-an: banyak teori sastera cenderung utk mewujud-kan ~ sastera sbg satu kategori yg berasingan; sendirian 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; bersendirian 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; kesendirian 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; penyendirian perbuatan mengasingkan (me-nyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyen-dirikan sesuatu; penyendiri (orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat suka mencipta fantasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kata bantu(Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel;Kamus Dewan Edisi Keempat
satu1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa: cincin bermata ~; ~ sama lain sama sendiri (sesama mereka); tidak ada ~ pun tidak ada langsung; 2. bp ganjil (dlm maksud mencemuh, marah, dll), lain drpd yg lain, pelik: awak ni ~ juga; ~ per ~ = satu-satu; ~ detik sepuluh rebah prb seorang yg disindir, semua yg hadir turut tersinggung; satu-satu 1. tiap kali satu, satu demi (lepas) satu: timbang benda itu ~; 2. bp apa-apa, sesuatu: banyak orang yg menyalahkan polis apabila berlakunya ~ jenayah; satu-satunya tidak ada yg lain, satu sahaja: dialah ~ orang Melayu yg sanggup memikir-kan masalah masyarakat Melayu; bersatu 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan 1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh): bahasa ~ bangsa; 2. menyelaraskan (tujuan, tekad, dll), memusatkan: sekarang marilah kita ~ tekad kita; 3. bh mengahwinkan, me­nikahkan; mempersatukan 1. menjadikan bersatu (bkn rakyat sesebuah negara dsb); 2. me­ngahwinkan, menikahkan: maka muafakat­lah segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya kedua-dua raja itu jadi laki isteri; satuan 1. angka yg kurang drpd 10 pd bilangan yg mempunyai lebih drpd satu angka; 2. sesuatu yg digunakan sbg dasar sukatan (ukuran dll), unit: gantang ialah ~ ukuran banyak; ringgit merupakan ~ wang di Malaysia; kesatuan 1. keadaan yg satu (tunggal), keesaan: ~ Allah; 2. keadaan yg satu (sama): manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau “linguistic unity” itu; 3. = ~ sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (utk menjaga kepentingan mereka): K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; 4. Id satuan, unit; 5. Id satu kumpulan (orang, perkakas, dll) yg merupakan badan dll yg tersendiri, unit: ~ tentera payung; persatuan 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; berpersatuan mempunyai persatuan, ada persatuannya: memperbanyak aktiviti ~; pemersatuan perihal mempersatukan sesuatu: ~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu; penyatuan perihal menyatukan: ~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yg besar; penyatu orang (faktor dll) yg menyatukan atau menyatupadukan: ciri-ciri yg membeza-kan manusia tetapi yg juga menjadi unsur ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lain1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cukup1 tidak kurang (bilangannya, banyaknya dll) drpd yg sepatutnya; sempurna: Lebarnya sudah ~ tetapi panjangnya kurang sedikit. 2 tidak kurang dan tidak lebih drpd; genap (umurnya, waktunya dll): Tahun ini, umurnya ~ dua puluh tahun. 3 tidak ada apa-apa yg kurang; ada serba-serbi; lengkap: Rumah itu ~ dgn bilik tamu dan kolam renangnya sekali. 4 lebih drpd yg sepatutnya; sangat: Badannya ~ panas. 5 sudah pada dgn itu saja (tidak perlu dgn yg lain-lain lagi): ~lah dgn memberitahu saya saja, tidak perlu menemui guru besar. 6 ki tidak kekurangan apa-apa; agak kaya; berada. ~ bulan a. sudah sampai sembilan bulan mengandung. b. genap sebulan (umumnya hari gaji pd akhir bulan). ~ umur akil baligh. cukup-cukup tidak lebih dan tidak kurang; kadar yg cukup saja. mencukupi 1 tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negara. 2 memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah. mencukupkan menjadikan cukup; memadakan; menggenapkan: Dia berusaha ~ wang biasiswa yg diterima­nya setiap bulan. pencukup sesuatu yg mencukupkan. ~ ayat ist kata-kata yg ditambahkan pd sesuatu ayat utk me­nerangkan ayat itu lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lain1. tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2. tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll):Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1. hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2. tetapi; sebaliknya:Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3. memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan:Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan:Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1. keadaan lain; perbezaan. 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1. di samping: ~ berlatih berkawat, mereka belajar undang-undang juga. 2. kecuali; hanya:Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa ~ menangis.Kamus Pelajar
lain2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit.Kamus Pelajar
bersaingberlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendak­ lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengenalkenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas