Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rekanan1. kawan atau teman (sekerja, seperjuangan, dll): tiga kamar lain­nya dihuni ~ sekerja; 2. kawan bersyarikat, kawan bersekutu, dll: ia pun sudah menjadi ~ Si Karim dlm perniagaan batik;Kamus Dewan Edisi Keempat
rekanId = rekanan I 1. kawan atau teman (sekerja, seperjuangan, dll): tiga kamar lain­nya dihuni ~ sekerja; 2. kawan bersyarikat, kawan bersekutu, dll: ia pun sudah menjadi ~ Si Karim dlm perniagaan batik; berekan, merekan bersama-sama berusaha (berdagang dll), bersekutu, bersyarikat.Kamus Dewan Edisi Keempat
buatan1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan;baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat;Kamus Dewan Edisi Keempat
tubuh badanseluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hal I1. keadaan, kejadian, peristiwa: kita dapat mengetahui ~ keadaan di sekeliling kita dgn lima pancaindera kita; demikianlah ~nya (dgn) demikianlah keadaannya (dgn); lain ~ nya (dgn) lain keadaannya (dgn); 2. masalah, perkara, soal, urusan: ia tidak ada masa utk memikirkan ~ orang lain; pertanyaan itu biasanya mengenai ~ yg kurang difahami; seorang yg ahli dlm ~ bank; 3. asal mula, kerana, sebab: apa pula ~nya maka ia lambat datang; oleh ~ itu oleh sebab itu; 4. = tentang ~ tentang, mengenai, darihal, perihal: ~ makanan binatang akan kita bicarakan nanti; majlis ceramah ~ pembangunan masyarakat luar bandar; 5. sl daya, fikiran, ikhtiar, muslihat, dll: apalah ~ku hendak berjumpa dgn suamiku; jikalau ia datang, apa ~ kita? 6. halangan: risiko dan kos tenteranya dlm peperangan tidak menjadi ~; 7. perkara: dlm ~ ini, mungkin terdapat perselisihan berhubung dgn matlamat dasar luar negara; ~ ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); ada ~ ada sesuatu (yg terjadi, yg akan dibicarakan, dll); ambil ~ mempedulikan; membawa ~ (masing-masing) dgn urusan sendiri-sendiri; tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll); berhal ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dll): jika ada orang yg ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya dgn senang hati; dia ~ sebab itu dia tidak dapat datang; mengehalkan 1. mengisahkan, mencerita­kan (tentang): kesemua majalah itu ~ filem; 2. memperlakukan: hai Rawana, apa juga engkau pohonkan kpd Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini; terhal terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dll): perkara itu sudah lama ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
buatan1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tubuh1 = ~ badan seluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal. ~ halus roh atau jiwa bagi seseorang yg hidup. ~ kasar jasad. bertubuh 1 mempunyai tubuh; berbadan: ~ tegap; ~ kecil. 2 sihat serta segar badannya; subur: Bayi yg ~ itu memenangi peraduan kanak-kanak sihat. menubuhkan 1 men­­­­­­­dirikan se­­suatu per­satuan dll; mem­bentuk (jawatankuasa dll): Mereka telah ~ pasukan penentang Jepun secara sulit. 2 mengadakan; membina: Kerajaan telah ~ balai raya di kampung-kampung. tertubuh sudah ditubuhkan: Hu­bung­an ekonomi antara Malaysia dgn negara-negara Islam dikukuhkan dgn ~nya Bank Pembangunan Islam. pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu; persatuan: ~ peniaga-peniaga Melayu. ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu. penubuhan perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid tua itu telah dirasmikan. setubuh; ber­setubuh bersatu tubuh dgn; melakukan hubungan jenis; berjimak; berseketiduran. menye­tubuhi ber­setubuh dgn; meniduri. persetubuhan perbuatan atau hal ber­setubuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buatan1. sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2. apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3. cara membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4. yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~.Kamus Pelajar
sebagai nyaa) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
antara1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga depa; 2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb): ~ pukul 3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn jaga; 3. selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain: sejam ~nya datanglah ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~ dua ini; 5. = di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dsb): ~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~ filem dan arca; 6. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan ~ bahagian-bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih; kerja­sama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta; perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan: kanak-kanak yg berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu hingga dua minggu; diajarkan ~ se­puluh hingga dua puluh nama benda; 8. kpd setiap orang dsb, di kalangan: barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dsb): itulah ~ beberapa perkara yg perlu dilaksanakan; 10. sementara, dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11. tentang, dekat dgn, tidak jauh dr: selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha; 12. kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh orang tertang­kap kerana merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd (hal-hal dll); berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; mengantara menjadi orang tengah; mengantarai 1. membuat antara, memisah­kan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu; perantaraan 1. perihal mengantarai (ber­tindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; pengantaraan tindakan mengantarai (men­jadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu; pengantara, perantara orang tengah, peng­hubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas