Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Naik bukit bertangga batu,
     Itu bernama anak Si Abu;
Lama ditunggu dapat satu,
     Lebih baik pasang bubu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berdikit-dikit,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Cermat.

 

Lihat selanjutnya...(3)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sedikit-sedikit1 setiap kali sedikit: ~ lama-lama menjadi bukit. 2 walaupun sedikit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedikit-sedikit1. setiap kali sedikit: ~ lama-lama menjadi bukit. 2. walaupun sedikit.Kamus Pelajar
sedikit1 tiap-tiap kali sedikit; sedikit demi sedikit: ~ lama-lama menjadi bukit. Kamus Pelajar
sedikit-sedikit1 tiap-tiap kali sedikit; sedikit demi sedikit: ~ lama-lama menjadi bukit.Kamus Pelajar
tekutidak lekas putus asa, rajin, tekun; sedikit-sedikit ~, lama-lama menjadi bukit prb kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
dikitsedikit tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. sedikit-sedikit 1. setiap kali sedikit: ~ lama-lama menjadi bukit. 2. walaupun sedikit. berdikit dlm bilangan yg tidak banyak; sedikit saja bilangannya: Lembu jenis itu dipelihara secara ~. berdikit-dikit 1. sedikit demi sedikit: Hartanya dikumpulkan ~. 2. berhati-hati atau berhemat (bkn wang dll): Dia membelanjakan wangnya ~. mendikitkan mengecilkan (mengurangkan) belanja dll: Mereka terpaksa ~ penggunaan air kerana musim kemarau. pendikit alat dlm enjin yg mengawal aliran bahan api dan angin.Kamus Pelajar
dikit; berdikit dlm bilangan yg tidak banyak; sedikit saja bilangannya: Lembu jenis itu dipelihara secara ~. berdikit-dikit 1 sedikit demi sedikit: Hartanya dikumpulkan ~. 2 berhati-hati atau berhemat (bkn wang dll): Dia membelanjakan wangnya ~. mendikitkan mengecilkan (mengurangkan) belanja dll: Mereka terpaksa ~ penggunaan air kerana musim kemarau. pendikit alat dlm enjin yg mengawal aliran bahan api dan angin. sedikit tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. sedikit-sedikit 1 setiap kali sedikit: ~ lama-lama menjadi bukit. 2 walaupun sedikit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lama-lama1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit­-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah;Kamus Dewan Edisi Keempat
lama I1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan ber­terusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit­-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur.Kamus Dewan Edisi Keempat
sedikittidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas