teknetium | /téknétium/ ist unsur logam yg radioaktif, berbentuk pepejal berwarna kelabu, dan digunakan dlm bidang perubatan, sbg penahan kakis dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
neptunium | /néptunium/ ist unsur logam radioaktif berbentuk pepejal putih yg digunakan dlm alat pengesan neutron. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
magnesium | (magnésium) (Kim) sj unsur lo-gam yg ringan, mulur, berwarna putih keperakan, dan terbakar dgn cahaya putih berkilauan dan digunakan dlm membuat aloi ringan; ~ hidroksida sebatian magnesium dan air; ~ klorida sebatian magnesium dan klorin; ~ oksida sebatian magnesium dan oksigen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selenggaraan | 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan (mengusahakan, menge-lolakan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rivet | /rivét/ ist pasak yg dibuat drpd logam utk menyambung atau utk mencantumkan kepingan logam. merivet memasang rivet utk menyambung (mencantumkan) kepingan logam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
oksihidrogen | ist campuran hidrogen dan oksigen, yg apabila dibakar menghasilkan nyalaan yg sangat panas, dan digunakan utk kerja mengimpal logam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selenggara | ; menyelenggarakan 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, meng-usahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalan-kan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. mem-bela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam; selenggaraan 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan (mengusahakan, menge-lolakan, dll); penyelenggaraan 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor; penyelenggara 1. pemelihara, penjaga: ~ kebun; 2. orang yg menyelenggarakan (meng-usahakan dll) sesuatu: ~ upacara; ~ pejabat budak suruhan di pejabat-pejabat, peon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |