akan | 1. bagi, buat, pada, untuk: beli buku ~ daku; 2. utk menyatakan sesuatu kemungkinan (hendak terjadi sesuatu), utk menyatakan jangkaan tentang sesuatu (kejadian, perlakuan, perkembangan, dll), dijangkakan: Perdana Menteri ~ tiba pd pukul 10.00 pagi; penyakit itu ~ merebak jika penduduk-penduduk di daerah itu tidak disuntik segera; hari ~ hujan; 3. kata sendi yg menghubungkan kata kerja tak transitif dgn frasa nama (kadang-kadang dipendekkan menjadi kan): lupa ~ orang tua; tidak sedar ~ dirinya; 4. adapun, perihal, mengenai, tentang: ~ sekarang anak kita pun sudah besarlah; ~ harta peninggalan ayahnya itu ...; akan-akan mirip benar, hampir ada persamaan (pd rupa, sifat, dll): wajahnya ~ wajah arwah datuk saya; barangkali dia bukan anak raja, tidak ada ~ langsung dgn Seri Negeri; seakan-akan sama benar, seolah-olah, seperti: pemilihan pengerusi itu ~ pemilihan presiden suatu negara; mengakan ark bermaksud (hendak), mengarah: ~ utk mencapai sesuatu tujuan; mengakankan ark memisalkan, mengumpamakan; keakanan waktu yg akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalai I | 1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati: tidaklah dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar: lalu masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang; berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambatkan, berlambat-lambat, berlengah-lengah; melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih) menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa; memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai: utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hatinya dgn barang daya upayaku;terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu; kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, kealpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguhnya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ menjemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi; pelalaian ark perihal melalaikan; pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
udara | 1. campuran berbagai-bagai jenis gas yg terdapat di atas muka bumi, hawa: oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yg tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu; 2. ruang yg di atas muka bumi yg berisi hawa, angkasa, awang-awang: debu berterbangan di ~; 3. berkaitan dgn penerbangan atau pergerakan menerusi udara; angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; kapal ~ = pesawat ~ Id kapal terbang; pelabuhan ~ lapangan terbang; pos ~ kiriman (surat, bungkusan, dsb) yg dibawa dgn kapal terbang; tetuang ~ ark radio; 4. keadaan hawa (cuaca, hari): indah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman; 5. ki keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dll, suasana: hati manusia di seluruh dunia berdebar-debar apabila melihatkan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah; mengudarakan memberi (memasukkan) udara; pengudaraan perihal menggantikan udara lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asyik | 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang berkasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cam | kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya; mengecamkan 1. memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak): camkanlah apa yg sedang berlaku itu; 2. mengingati, meyakini: camkan bahawa larutan itu menjadi panas semasa gas itu larut; 3. mengesan, mengetahui: bau binatang yg jauh dapat dihidunya dan dicamkannya di mana adanya binatang itu; pengecaman perihal atau perbuatan mengecam(kan), pengamatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenyap | 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepadanya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnahkan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, kemusnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacang I | sj tumbuhan dan buahnya; ~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan (pokok memanjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emunggai, Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occiden-talis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj tumbuhan (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas; ~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb, Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak); kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain); memperkacang menghabiskan (memboroskan) harta atau wang orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satu | 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati bermuafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah melangsungkan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 menggabungkan atau mengumpulkan menjadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) menyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cacat | kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pd badan (benda, perbuatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjemput dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebabkan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pencela, pencerca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naik | 1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. bergerak ke tempat yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga): maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; 3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~ kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~ gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~; 6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~;~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar (anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat (keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah; ~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal (berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, menumpang kapal; ~ kelas Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah; ~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati, meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~ pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~ saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali; menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula; menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang; menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangatnya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah menyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah; kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; penaikan perihal atau perbuatan menaikkan; penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |