superordinat | ist perkataan yg maknanya merangkumi makna perkataan lain, mis bunga ialah superordinat bagi melur, melati, orkid dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
superordinat | 1. (Lin) perkataan yg maknanya merangkumi makna perkataan(-perkataan) lain, mis bunga ialah superordinat bagi melur, mawar dan orkid; 2. berkedudukan atau berkeadaan lebih tinggi atau besar (berkuasa, berpengaruh dsb): masyarakat kapitalis, terbahagi kpd dua kelompok atau kelas, iaitu kelompok dominan atau ~, dan kelompok subordinat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tesaurus | (tésaurus) buku yg mengandungi senarai kata seerti dan kata yg berkaitan maknanya yg disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata masukan | kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna | erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ameliorasi | (améliorasi) (Lin) perubahan makna sesuatu kata drpd makna yg kurang elok kpd makna yg lebih baik, mis canggih yg dahulunya bermakna terlalu banyak bercakap berubah kpd moden dan hebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata | 1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; ~ adat peribahasa yg berkaitan dgn adat; ~ akar (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; ~ alu-aluan ucapan (katakata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); ~ ambilan kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; ~ bantu (Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel; ~ bantu bilangan (Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll; ~ basi ungkapan dll yg (sudah) selalu benar digunakan; ~ benda ark = ~ nama; ~ bilangan kata yg menyatakan banyaknya benda; ~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; ~ dasar = ~ pokok kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll); ~ depan Id = ~ penghubung; ~ dua pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntutan (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); ~ entri = ~ masukan; ~ ganti (Lin) kata yg menjadi ganti kpd kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kpd orang, haiwan atau sesuatu, mis dia, ia, mereka); ~ hati a) gerak hati, perasaan yg timbul dlm hati; b) angan-angan (dlm hati); ~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; ~ hubung (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; ~ jadian = ~ terbitan; ~ keadaan ark = ~ sifat; ~ kerja (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); ~ keterangan (Lin) kata yg menerangkan sesuatu kata; ~ laluan a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg pengenalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; ~ lawan = ~ berlawan kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); ~ majmuk (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); ~ masukan kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; ~ membazir (mubazir) kata yg tidak perlu turut digunakan kerana makna yg dimaksudkan telah jelas dlm perkataan lain; ~ nama (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas; ~ nama am (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; ~ nista kata-kata yg mencerca atau mencaci (sumpah seranah); ~ orang cakap orang, khabarnya; ~ pemutus (putus, pasti) kata yg menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (spt pertunangan dll); ~ pendahuluan keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dll, mukadimah; ~ penghubung = ~ perangkai kata hubung; ~ pinjaman kata yg telah digunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; ~ pokok = ~ dasar; ~ pujangga = ~ hikmat; ~ sambutan ucapan (kata-kata) utk mengalu-alukan kedatangan seseorang; ~ sandang kata yg bertugas utk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama spt sang, si; ~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yg lain yg hampir sama bunyinya; ~ seasal kata-kata dlm berbagai-bagai bahasa yg sama asalnya; ~ sebunyi (Lin) kata-kata yg sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon; ~ seerti kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; ~ sendi nama (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; ~ sepakat (se-faham) persetujuan, muafakat; ~ seru a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); ~ sifat (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; ~ tambahan Id kata yg menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti; ~ terbitan kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan; ~ tugas (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; ~ ulang (berulang) kata yg diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berkali-kali); ~ berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat; ~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota prb janji hendaklah ditepati; ~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan; ~ periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga; ~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji; ~ yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran; elok ~ dlm muafakat, buruk ~ di luar muafakat prb kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat; mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba; sekata 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; katakan 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; berkata mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluarkan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; berkata-kata bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap-cakap dgn orang bodoh; mengata 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; men | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erti | 1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
erti | 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2. guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1. mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2. ertinya; maksudnya:Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3. berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1. menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya:kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Malaysia. 2. menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1. pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2. tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata-kata yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. | Kamus Pelajar |
lawan | 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perempuan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (bercakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, kesanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal berlawanan (spt siang dgn malam dll), pertentangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |