Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : 1. sesuatu yg memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yg menimbul­kan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kele-bihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan; bermasalah mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; memasalahkan, mempermasalahkan men­jadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : sesuatu yg mesti diselesaikan; soal; perkara: Tidak ada ~ yg tidak dpt diselesaikan bermasalah mempunyai masalah. permasalahan yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, kemusykilan, persoalan, isu, hal;,
Kata Terbitan : bermasalah, memasalahkan,

Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(41)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpunca drpdberasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
terapi pekerjaanaktiviti fizikal atau mental yg dilakukan utk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yg dihadapi oleh seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersuabertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebahasaanhal dsb yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
ekonomi/ékonomi/ 1 ilmu ttg asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan (kemasyarakatan dll) yg bersangkutan dgnnya. 2 keadaan kekayaan atau kebendaan (sesebuah negara dll): Kedudukan ~ negara semakin kukuh. 3 urusan ttg perkara-perkara rumah tangga (spt perbelanjaan, penggunaan barang-barang). 4 tidak boros; hemat. ~ campuran sistem ekonomi yg sebahagian sumbernya dikawal oleh sektor awam dan sebahagian lagi dikawal oleh sektor swasta. ~ terbuka ekonomi yg melibatkan perdagangan sesebuah negara dgn negara yg lain. ~ tertutup ekonomi yg tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu tidak wujud aktiviti import dan eksport barangan atau bahan pengeluaran. berekonomi 1 menjalankan sesuatu usaha menurut ilmu ekonomi. 2 bercermat atau berhati-hati dlm menggunakan wang; berhemat. mengekonomikan membelanjakan wang dgn hati-hati; menghematkan: Utk tujuan ini, beliau telah ~ segala perbelanjaan seberapa yg dpt. perekonomian hal-hal atau kegiatan-kegiatan ekonomi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membuktikan1. menyungguhkan (meyakinkan) dgn bukti: persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; 2. menyatakan kebenaran sesuatu dgn bukti: guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; 3. memperlihatkan: dlm mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertiadakanmenganggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan;Kamus Dewan Edisi Keempat
ekonomi/ékonomi/ 1. ilmu ttg asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan (kemasyarakatan dll) yg bersangkutan dgnnya. 2. keadaan kekayaan atau kebendaan (sesebuah negara dll): Kedudukan ~ negara semakin kukuh. 3. urusan ttg perkara-perkara rumah tangga (spt perbelanjaan, penggunaan barang-barang dll). 4. tidak boros; hemat. berekonomi 1. menjalankan sesuatu usaha menurut ilmu ekonomi. 2. bercermat atau berhati-hati dlm menggunakan wang; berhemat. mengekonomikan membelanjakan wang dgn hati-hati; menghematkan: Utk tujuan ini, beliau telah ~ segala perbelanjaan seberapa yg dpt. perekonomian hal-hal atau kegiatan-kegiatan ekonomi.Kamus Pelajar
meniadakan1. menganggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas