melonggarkan | 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melonggarkan | 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelonggaran | perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengendurkan ikat pinggang | melonggarkan ikat pinggang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunci sekrup | Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengendurkan syarat-syarat yg dikenakan | melonggarkan syarat-syarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengendurkan | menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerutan | hasil (perbuatan) mencerut: kelihatan ular besar itu melonggarkan sedikit ~nya pd rusa yg sudah tidak bermaya lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelepas penyorong(carriage release) | Bahagian mekanikal yang dapat melonggarkan cengkaman penyorong pada kertas untuk membolehkan kertas dikeluarkan. | Kamus Komputer |
sepana | sj alat utk mencengkam dan mengetat-kan atau melonggarkan nat (bolt dll); ~ hidup sepana yg satu bahagian pencengkamnya dapat digerak-gerakkan utk menyesuaikan-nya dgn saiz nat, bolt, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |