memaklumkan | memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan: Dgn sukacitanya, anakanda ~ bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memaklumkan | 1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beritahu | ; memberitahu memberi khabar kpd seseorang supaya tahu, memaklumi: ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing; memberitahukan memberitakan, memaklumkan: ia tidak ~ hal ini kpd sesiapa pun;pemberitahuan 1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia; pemberitahu orang yg memberitahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewartakan | memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan: pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri itu telah selesai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkhabarkan | memaklumkan, memberitahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengisytiharkan | mengumumkan, memaklumkan, mempernyatakan, memasyhurkan: ia ~ pertunangannya; di Kuala Lumpur diadakan istiadat besar ~ kemerdekaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberitahukan | memberitakan, memaklumkan: ia tidak ~ hal ini kpd sesiapa pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemaklum | orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemakluman | perbuatan atau hal memaklumkan; pemberitahuan; penyataan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjuk beritahu | bp memberitahu atau memaklumkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |