Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd baha­ya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.li.ha.ra] | ممليهارا

Definisi : 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,

Peribahasa

Jika memelihara ayam,
     musang jangan dijinakkan;
setidak-tidaknya bertempiaran kelak.

Bermaksud :

Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ternak, = ternakan binatang spt kuda, lembu, atau kerbau yg dipelihara: Kerjanya bercucuk tanam dan memelihara ~. berternak memelihara binatang, spt lembu, kambing: Pd anggapan mereka, bertani lebih mendatangkan keuntungan drpd ~. menternak memelihara ternak supaya biak (banyak); membiakkan ternak: Mereka ~ kambing dan lembu utk dijual. penternakan perbuatan atau hal menternak binatang. peternakan tempat menternak binatang. peter­nak orang yg kerjanya berternak. pen­ternak orang yg menternak binatang: ~ lembu dan kambing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemelihara1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara.Kamus Dewan Edisi Keempat
mak pungutId perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mak angkat= ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat;Kamus Dewan Edisi Keempat
tebat I1. tambak utk menyekat pengaliran air, bendung, empang; 2. tempat (kolam dll) utk memelihara ikan, kolam memelihara ikan, balung; menebat 1. membuat tebat pd sungai dll, membendung, mengempang; 2. membuat kolam ikan (di sungai dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
memelihara1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memelihara1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd baha­ya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
bela; membela 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. belaan yg dibela: haiwan ~. pembelaan 1 perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2 perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. pembela orang yg membela: ~ ayam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membela1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
ternak1. ark yg berasal dr, yg dilahirkan di: mereka itu ~ Singapura; orang ~ penduduk negeri, anak negeri, bumiputera; 2. = ternakan binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dll): beliau gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara ~; tukang ~ a) orang yg memelihara binatang; b) = tukang ~ wang bp ceti, pelepas wang; berternak, menternak memelihara ternak (kuda, lembu, dll): perusahaan ~ itu dijalan-kan secara besar-besaran; mereka ~ binatang dan bercucuk tanam; menternakkan 1. memelihara supaya banyak, membiakkan ternak (lembu, ayam, dll): mereka juga ~ lembu utk dijual; 2. membungakan wang: hutangnya kpd orang yg suka ~ wang telah dapat dibayar oleh Zainudin; penternakan perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; penternak orang yg menternakkan (binatang).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas