Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nam] | منانم

Definisi : 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nam] | منانم

Definisi : 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Banyak orang menanam pulut,
     Saya seorang menanam padi;
Banyak orang karam di laut,
     Saya seorang karam di hati.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Menabur (= menanam) biji di atas batu.

Bermaksud :

Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penanamanperihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
penanamorang yg menanam (menanam­kan);Kamus Dewan Edisi Keempat
tanamcucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu per­usahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagai­mana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balas­annya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertum­pu hendak melompat maka ~ ke bumi hing­ga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk men­dirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanam­an utk mendapatkan hasilnya semen­tara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelem­bapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis ta­nam­­an; petanaman tempat menanam tumbuh-tum­buhan; penanaman perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanam­kan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalan­kan perniagaan dll, pemodal, pelabur.Kamus Dewan Edisi Keempat
menanam semulamenanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menanam semulamenanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah);Kamus Dewan Edisi Keempat
tanam-menanamperihal menanam tumbuh-tumbuhan dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
makam1 tempat menanam orang mati (biasanya utk orang yg dihormati spt raja, pahlawan); kubur. 2 = permakaman kawasan tempat menanam orang mati; perkuburan: ~ pahlawan. memakamkan menanam (mayat); menguburkan. pemakaman perbuatan atau hal memakamkan; penguburan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kubur1 tempat menanam mayat; makam. 2 = lubang (liang) ~ lubang dlm tanah tempat menanam mayat. berkubur ditanam atau dikebumikan (bkn mayat); ada kuburnya: Pd masa peperangan, banyak yg mati tidak ~. menguburkan menanam (mayat) dlm kubur; mengebumikan. terkubur 1 telah dikuburkan (bkn mayat). 2 tidak berfungsi atau tidak berjalan (bkn persatuan, parti dll); lenyap: Parti itu ~ dlm tahun 1953. perkuburan kawasan tempat menguburkan mayat; permakaman. penguburan perbuatan atau hal menguburkan; pengebumian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menanam modalmemasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menanam cacarmemasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas